” Dengan keputusan ini jelas kepada kita Perdana Menteri benar-benar ingin merealisasikan hasrat 1Malaysia, bukannya hasrat seseorang atau satu pihak. ” GuruBashid.
KLIK DI SINI untuk melihat artikel saya sebelum ini.
1. Keputusan tidak meletakkan calon BN dalam PRK Penanti merupakan satu keputusan yang tepat dan menepati konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi.
2. Dengan keputusan ini memudahkan BN untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang lebih afdhal demi rakyat dan negara.
3. Dalam keadaan ekonomi sekarang, keputusan itu dikira amat wajar. Keputusan tersebut menggambarkan Perdana Menteri tahu tentang kesesuaian waktu dan apa yang perlu diberikan keutamaan buat masa ini.
4. Perdana Menteri telah mengetepikan kehendak pembangkang yang memancing BN supaya bertanding, tetapi ramai rakyat gembira dengan keputusan itu.
5. Pembangkang seperti kebiasaan akan menyediakan pelbagai alasan mengapa BN tidak bertanding. Biarkan mereka beri alasan sebab itu kerja mudah mereka yang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa modal.
6. Pembangkang yang terkenal dengan sikap permusuhan dengan kerajaan masih mahu kerajaan melihat mereka sebagai penting. Pentingkah pembangkang yang hanya mementingkan Pilihan Raya sedangkan kerja buat selepas itu diabaikan.
7. Tetapi mereka tidak sedar lebih banyak alasan yang mereka berikan lebih jelaslah kepada kita betapa kecewanya pembangkang setelah cabaran mereka tidak disahut.
8. Pembangkang melihat Pilihan Raya adalah segala-galanya. Bagi mereka masalah rakyat boleh dtamatkan melalui Pilihan Raya. Tetapi kerajaan melihat lebih daripada itu.
GuruBashid











2 users commented in " Keputusan Tidak Bertanding di DUN Penanti "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacktahniah ! betul tindakan tu. tak payah bertanding. Nanti kat kelantan (manik urai) pun tak payah bertanding. Lebih baik utamakan rakyat..
Reaksi:
Bukan kerana kita tidak bertanding di Penanti, kita mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam semua PRK. Keputusan sama ada BN bertanding atau tidak bertanding bukanlah atas desakan parti lawan. Semuanya patut dilihat kewajaran pada waktu itu. Jika PRK diadakan atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh perlembagaan tidak salah kita bertanding.
saya sokong mail….nape nak tanding lagi, nanti habis duit rakyat. apa kata duit tu buat pembangunan sahaja di manik urai tu, kan kerajaan mengutamakan rakyat..
kalau kat penanti tu di katogerikan penakut la…. sekarang dah alah malu… terpaksa la.
Leave A Reply