SAYA tidak dapat menyembunyikan perasaan sangat bimbang saya dengan kejadian 14 Disember itu. Bukan sahaja bimbang tetapi kecewa. Sungguh bahaya. Ya amat bahaya. Jika kami sebagai rakyat biasa boleh menggantikan tempat anda, kami akan bekejar ke parlimen. Tetapi kami tidak terdaya. Yang amat membimbangkan saya bukan ketidakhadiran itu tetapi mengapa sampai 74 orang? Kita bercakap tentang persiapan menghadapi PRU Ke-13. Itulah yang membimbangkan kita sebelum ini. Tetapi nampaknya tindak tanduk sebahagian anda sebagai wakil yang kami pilih seolah-olah mahu menjatuhkan kerajaan anda sendiri lebih awal lagi. Kejadian 14 Disember itu telah meletakkan kerajaan dalam fitnah. Berbagai-bagai andaian dibuat dan eksploit tentangnya meluas dan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Anda dilihat seolah-olah tidak sukakan tindakan seseorang, tetapi yang terpaksa menerima ujiannya ialah sebuah kerajaan. Tetapi apa pun yang anda lakukan, anda patut sedar yang anda ialah ahli parlimen. Kalau bukan di parlimen tempat anda memutuskan sesuatu, di mana lagi? Di kedai kopi atau di lobi hotel? Saya meminta kerajaan di bawah kepemimpinan DS Najib melihat perkara ini sebagai serius dan menyiasat perkara ini. Adakah wujud kemungkinan yang wakil rakyat BN terbabit termakan pujuk rayu dan permainan pihak tertentu. Setakat ini rakyat berpuas hati dengan jawapan PM bahawa beliau akan bertindak. Dan rakyat yang cintakan kerajaan sedang menunggu apakah tindakan-tindakan itu?
GuruBashid














2 users commented in " Kepada MP BN Yang Tidak Hadir "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksalam cikgu,
sila baca kupasan isu ini di http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/eloklah-kalau-pm-buat-kenduri.html
GuruBashid:
Wassalam. Saya rasa ada sebab lain.Tetapi saya tidak mahu mengulasnya di sini. Saya bersyukur kepada Allah atas keputusan-Nya pada akhir peristiwa itu.
Syabas Bashid…
Mana-mana komen yang tak ikut selera kome, kome delete. Kome memang betul-betul UMNO le.
Leave A Reply