1 PAS yang sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk memilih orang asli sebagai calon mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Galas nampaknya terpaksa berhadapan dengan suku kaum itu apabila memutuskan untuk memilih calon yang pernah kalah dua kali dalam pilihan raya umum untuk disaingkan dengan calon Barisan Nasional.

2 Walaupun dua daripada lima orang yang disenaraikan sebagai calon itu datangnya daripada suku kaum asli, namun kedua-dua yang disenarai pendek itu nampaknya terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat bagi memberi peluang kepada calon Melayu yang berjawatan dalam parti tersebut bagi mewakili parti itu.

3 PAS yang sebelum ini menolak politik kebangsaan dan menolak UMNO kerana memperjuangkan Melayu terpaksa akur yang mereka juga kini percaya hanya seorang calon Melayu yang dapat memberi cabaran kepada BN.

4 Nampaknya parti pak turut itu berada dalam keadaan penuh bimbang dan ketandusan calon hingga terpaksa meletakkan calon yang pernah kalah.

5 Hingga kini tiada sebarang ulasan yang dibuat oleh sekutu mereka dari PKR. PKR sebelum ini pernah menuduh UMNO ketandusan calon sebagaimana dakwa Naib Presidennya, Mustaffa Kamil Ayub.

6 Mereka terlupa yang tuduhan itu dibuat ketika Barisan Nasional belum menetapkan calonnya untuk pilihan raya kecil itu yang dianggap penting oleh kedua-dua parti tersebut.

7 Pemilihan Dr Zulkefli, calon yang pernah beberapa kali tumpas dalam pilihan raya umum memperkukuh dakwaan sebelum ini bahawa PASlah sebenarnya yang paling tertekan dan terdesak berhadapan dengan pilihan raya kecil ini.

8 Lebih terdesak lagi apabila mereka tidak boleh lagi menggunakan hudud sebagai bahan kempen atas alasan mereka telah mengaku sebelum ini yang mereka gagal melaksanakannya.

9 Agar tidak dituduh melanggar undang-undang, PAS juga terpaksa akur dengan peraturan untuk tidak menggunakan isu royalti minyak lagi disebabkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah.

10 Pemerhati meramalkan PAS semakin kekeringan isu untuk berhadapan dengan PRK kali ini. Maka parti itu dilihat tidak ada cara lain selain menggunakan taktik kotor yang biasa mereka lakukan iaitu dengan mengenakan seseorang dalam UMNO atau mengaitkan sesuatu peristiwa dengan kerajaan dan UMNO.

11 Buktinya baru-baru ini mereka telah memulakan sesi fitnah ke atas Rosmah dan Najib dengan menokok tambah cerita yang berunsur fitnah mengenai festival busana islam yang dadakan baru-baru ini.

Hakcipta Abd Bashid Harun