Ada sebuah negara yang belum pernah menjajah negara kita, iaitu Amerika Syarikat. Dahulu negara ini menganggap Malaysia hanyalah sebuah negara kecil berbanding Indonesia.Sekarang cara mereka melihat negara ini sangat berbeza. Mereka mahukannya, tetapi bukan cara perang. Selain hasil bumi yang bakal diterokai, kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini memang tidak disenangi oleh mereka.Mereka akan menyusup masuk melalui individu tertentu dan mereka membantu untuk menaikkannya sebagai boneka mereka. Apabila individu ini berkuasa atas nama mereka, mereka mengambil kembali bantuan itu dengan menekan kita agar negara kita susah dan rakyatnya bermusuhan sesama sendiri. Pada waktu itu negara yang aman dan makmur seperti sekarang ini tidak akan wujud lagi. Tidak ada sebuah negara pun dalam dunia yang apabila Amerika Syarikat berjaya menaikkan bonekanya negara itu aman. Ketidakamanan itu memang disengajakan kerana di situlah mereka akan terus dilihat berkuasa. Pendudukan mereka di Iraq membuktikan mereka hanya berjaya menjatuhkan Saddam, namun keadaan negara dan rakyat tidak jauh lebih baik daripada sebelumnya. Mereka seolah-olah melontarkan satu hujung tali ketika kita sedang kelemasan, tetapi apabila sampai di tebing, mereka akan membelit leher kita dengan hujung tali yang satu lagi.GuruBashid











1 user commented in " Kekalkanlah Kemerdekaan Ini "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackko selalu kata anwar agen amerika. ko cikgu. cikgu mesti cakap betul. ko cakap mesti ada bukti dan fakta. aku nak ko buktikan yg anwar tu mmg agen amerika.
sama mcm ko buktikan juga anwar kaki sodomi. buktikan. jgn cakap aja.
kalau ko cakap bohong, ko malukan cikgu2.
aku bukan penyokong anwar. aku cuma mahukan kebenaran.
Leave A Reply