“Saya sedar pandangan ini mungkin tidak diterima pakai oleh banyak pihak khususnya mereka yang cenderung kepada budaya ugutan dan politik wang.Namun UMNO harus melangkah setapak lagi supaya lebih matang, jika tidak, saya berani meramalkan parti ini akan menuju ke arah kehancuran,” tegas Rais Yatim dalam Utusan Malaysia
Ulasan Saya:
“ Banyaknya wang mereka. Hari ini mereka membeli undi kita. Esok-esok, apabila mereka kehabisan wang, mereka bersedia pula menjual bukan sahaja kita tetapi negara ini. Mereka hanya ada wang, dan satu pihak lagi hanya nampak wang. Selagi regu ini wujud, politik wang akan terus bermaharaja lela. Mereka ingin menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan wang mereka. Tetapi mereka tidak tahu bahawa masalah negara akan bertambah dengan cara yang tidak bermaruah ini. Sumbangan mereka cukup besar untuk negara ini iaitu membentuk kebiasaan menggunakan wang dan mewujudkan kelompok yang sukakan wang. Dan jika parti ini jatuh kerana tindakan mereka dan negara ini rosak kerana semua ini, adakah pada waktu itu mereka masih akan menggunakan wang untuk menyelamatkan petaka itu daripada berlaku.” GuruBashid











2 users commented in " Katakan Tidak Kepada Politik Wang "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSaya rasa wang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.
Selagi kita berkehendakkan dunia selama itu kita akan mencari wang.
Sama ada Halal atau Haram, wang tetap menjadi pujaan.
Satu cara sahaja. Tapi….
Ramai Kaki Wang, Kaki Rasuah, Kaki Songlap, Kaki Putar-Belit, Kaki Jolok, Kaki Ampu dan Kaki Kaut. Tidak akan menerima pakai cara ini.
Kecuali kesedaran agama yang yang menebal sehari ke sehari yang tertanam didalam hati dan sanubari bahawa wang rasuah adalah berdosa, setiap yang berdosa tempatnya di neraka. Maka kita sekadar memberi nasihat dengan harapan mereka bertaubat dan sedia berubah.
(Biar seribu nasihat dihamburkan walaupun sebilangan kecil yang sedia berubah)
aku tidak menyebelahi mana-mana pihak..
aku just jadi lalang jer..hehe
Leave A Reply