Suruhanjaya Diraja Mengenainya Tidak Perlu

Tidak perlu diwujudkan Suruhanjaya Diraja mengenainya. Ini bukan kes pertama yang melibatkan individu yang berkenaan. Kita tak perlu menghabiskan wang dan masa untuk yang satu ini. Dia bukan apa-apa kepada kita sebab dia bukan warganegara yang boleh menjadi contoh yang baik kepada murid-murid di Malaysia. Dia cuma seorang manusia yang sudah mula dilupakan. Dia sudah ada kes liwatnya dan kesnya sudah berada di penghujungnya. Serahkan sahaja kepada polis Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya percaya kepada polis Malaysia dan saya percaya yang kerajaan tentu lebih percaya kepada polis yang mereka sendiri wujudkan. Biarkan polis menyelesaikan kes yang telah pun sampai ke tangan mereka.Saya percaya kecekapan polis di Malaysia sudah memadai untuk menyelesaikan kes ini.

Catatan GuruBashid