” Jika orang bertanya apa perasaan saya terhadap isu terbaru ini saya katakan bahawa saya tidak gembira langsung tentangnya. Biar saya berterus terang sahaja yang saya marahkan tindakan Trio.Tetapi siapa saya yang langsung tidak dikenali berbanding mereka yang jauh lebih dikenali. Kerajaan, UMNO dan Najib sudah berada di landasan yang betul. Konsep 1Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan telah menampakkan kesannya. Transformasi demi transformasi telah membuahkan hasil. Kes yang melibatkan Anwar sudah berada di penghujungnya. Kita hanya perlu bersabar sedikit masa lagi untuk menunggu kes itu selesai.Tiba-tiba UMNO, Najib dan kerajaan terpaksa menerima beban untuk menjawab segala tuduhan yang dikaitkan ke atas mereka hasil kerja buat yang berputar pada masalah seks. Tiba-tiba sahaja individu yang sudah berada penghujungnya diangkat menjadi berita besar. Tiba-tiba sahaja Parlimen riuh dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja hanya kerana seorang manusia yang sudah dilupakan. Trio memikirkan ini cara baik untuk menghentam Anwar, tetapi tindakan Trio kalau tidak sedikit, memang banyak menyusahkan kerajaan. Kerajaan, Najib dan UMNO yang tidak terlibat dalam kes yang melibatkan 4 orang ini (termasuk Anwar) dengan tidak semena-mena dikaitkan dengan isu ini. Jika ada orang memikirkan ini cara baik untuk membantu UMNO,saya kata kerja ini tidak membantu. Sebagai pendidik yang sayangkan UMNO, BN dan Najib, saya menolak cara-cara seperti ini untuk membantu UMNO dan kerajaan. Jika tiada isu terbaru buah tangan Trio ini kita boleh tumpu kepada kerja-kerja penambahbaikan untuk rakyat dan negara, tetapi sekarang Najib, UMNO dan Kerajaan terpaksa menambah satu lagi kerja yang sepatutnya bukan menjadi kerja mereka,” GuruBashid











No user commented in " Isu Video Seks: Persepsi GuruBashid I "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply