1. Sebelum Tsunami kita dapati Indonesia kerap berganti presiden tetapi tidak berganti keadaan.
2. Keadaan semasa tidak menjadi lebih baik daripada keadaan di bawah pemerintahan presiden sebelumnya.
3. Selepas Tsunami semuanya berbeza, bukan sahaja lanskap sebahagian wilayah Indonesia tetapi juga lanskap politik dan sosio ekonominya.
4. Tiada lagi kita dengar rasa tidak puas hati kepada pemerintah yang diikuti dengan pemberontakan dan demonstrasi besar-besaran.
5. Gerakan Acheh Merdeka (GAM) pun tidak kedengaran lagi setelah mereka mengikat perdamaian dengan kerajaan Indonesia.
6. Keadaannya jauh lebih tenteram dari dahulu dan kesannyua banyak kemajuan dapat dibuat.
7. Sebagai contoh Indonesia sedang membangunkan menaranya yang tertinggi di dunia. LIHAT DI SINI dan DI SINI
8. Berkat keamanan itu mereka sekarang berusaha untuk menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia pada tahun 2018.KLIK DI SINI
9. Malahan mereka sedang mengintai peluang memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat kerana Barack Obama ada hubungan kekeluargaan dengan Indonesia.
10. Apabila Barack Obama boleh bertutur dalam bahasa Indonesia ia telah mengangkat bahasa itu di mata dunia.
11. Bagaimana dengan negara kita sekarang berbanding Indonesia sebelum Tsunami? Lebih kurang sahaja walaupun tak sama semuanya.
12. Dengan hindrafnya, demonstrasi jalanan yang tak sudah sudah, politiking yang tak habis habis, kebencian berpanjangan kepada pemerintah dan fitnah yang mengambil tempat dan ruang.
13. Adakah negara kita perlu dilanda Tsunami sebenar sebelum hendak berubah.
Renungan Dari GuruBashid











No user commented in " Indonesia Selepas Tsunami "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply