1 Sayugia diingat bahawa UMNO tidak memusuhi sesiapa.Jadi tiada sebab mengapa UMNO harus mengiyhstihar perang dengan sesiapa pun.
2 Ajakan UMNO sebelum ini yang mengajak PAS untuk berunding dan seterusnya bersatu-padu atas nama pakatan Melayu-Islam membuktikan yang UMNO tidak memusuhi parti itu.
3 Malahan semangat setiakawan UMNO yang tetap utuh dalam BN dan seruan bertalu-talu agar setiap parti dalam komponen BN memperkukuhkan parti masing-masing dalam semangat BN turut membuktikan bahawa UMNO cintakan perpaduan dan kerjasama sesama mereka.
4 Saya agak terkilan kerana tidak dapat mengikuti ucapan pembukaan oleh YAB DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO yang baru sahaja berlalu. Saya kebetulan berada di Cinta Sayang Golf Resort, Sg Petani kerana mengikuti program anjuran Jabatan Pelajaran Perak.
5 Namun saya masih berkesempatan mengikuti ucapan penggulungan presiden parti itu petang semalam dan membaca ucapan beliau dan timbalan beliau melalui dada-dada akhbar dan blog.
6 Dalam ucapan Presiden parti semalam, jelas menunjukkan yang UMNO sudah bersedia mahu berubah. UMNO sudah bersedia untuk mendekati rakyat dan seterusnya memenangi hati mereka.
7 Slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan sentiasa diulang-ulang oleh presiden parti dan timbalannya sebagai rujukan dan pedoman utama dalam mencapai hasrat murni itu.
8 Menurut presiden parti dalam melakukan perubahan sikap itu, iaitu berpindah daripada sikap negatif kepada sikap positif tiada sebarang peruntukan diperlukan. Peruntukan hanya akan disalurkan apabila ada program dan aktiviti.
9 Dalam ucapan penangguhan presiden UMNO itu yang saya sempat ikuti sepenuhnya melalui kaca TV petang semalam, tiada satu pun disebutkan tentang keperluan memerangi atau memusuhi sesiapa.
10 Jika ada pun pemimpin UMNO itu mengajak ahli-ahli UMNO di segenap peringkat termasuk di saf pimpinan memerangi nafsu dan tabiat buruk sendiri yang hanya akan merugikan parti, agama, bangsa dan negara.
11 Itulah antara yang dimaksudkan oleh beliau dengan ungkapan keramat ‘bangkit ke arah perubahan’, selain mendekati rakyat dan memenangi hati mereka.
12 Sebab itu saya agak terkejut jika seruan untuk mendekati rakyat dan memenangi hati mereka itu disambut dengan nada yang sedikit berbeza oleh Khairy dan Pemuda UMNO.
13 Saya tidak pasti apakah sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Khairy, tetapi itulah yang saya baca di dada akhbar hari ini bahawa Pemuda UMNO ingin melancarkan “Bilik Perang” nya sendiri.KLIK DI SINI
14 “Bilik Perang” itu akan diwujudkan di setiap negeri bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU ke-13.
15 Anda ingin memenangi hati rakyat agar mereka memenangkan BN dalam PRU ke-13, tetapi tidakkah anda melihat dan melayan mereka sebagai musuh hingga perlu kepada persiapan “Bilik Perang” sebagai strategi.
16 Di suatu segi anda ingin memenangi hati mereka, tetapi di suatu segi yang lain anda terpaksa mewujudkan Bilik Perang untuk berhadapan dengan mereka. Apakah makna semuanya ini?
17 Saya berpendapat tidak perlu ada istilah-istilah agresif seperti perang, gempur, rempuh dan seumpamanya. Jika itu cara yang kita gunakan ia tidak banyak berubah denan cara-cara yang pernah kita lakukan sebelum ini.
18 Bukankah inilah cara-cara dan pendekatan yang pernah kita gunakan setiap kali menjelang PRU dan kita telah pun merasai dengan jelas akan akibatnya pada PRU ke-12 yang lalu.
19 Jika UMNO khususnya dan BN amnya mengharapkan rakyat akan kembali memilih mereka dalam PRU ke-13 akan datang, memadai jika setiap sayap parti UMNO dan komponen dalam parti BN berpegang kepada semangat 1Malaysia yang sudah sedia wujud.
20 Bukankah melalui Konsep 1Malaysia, kita memberi keutamaan kepada rakyat melalui pendekatan mesra rakyat.Ini termasuklah mendekati mereka dan seterusnya memenangi hati mereka.
21 Saya khuatir ketika saf pimpinan UMNO yang diterajui oleh YAB DS Najib dan Timbalannya TS Muhyiddin beria-ia mengaplikasikan semangat yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan melalui pendekatan mesra rakyat (termasuk mesra pengundi), Pemuda UMNO pula dilihat mengambil tindakan sebaliknya dengan menampilkan sosok agresif dan menyerang seperti yang diterjemahkan melalui “Bilik Perang”.
22 Mengapakah kita tidak benar-benar menggunakan strategi dan pendekatan yang benar-benar baru sementelahan kita mahu berubah sepenuhnya melalui pendekatan yang lebih mesra rakyat dan mesra pengundi terutama pengundi muda?
23 Mengapakah tidak digunakan sahaja nama lain yang lebih menonjolkan sifat asli UMNO yang sayang kepada semua orang, mahu berbaik-baik dengan sesiapa sahaja dan mengutamakan kerjasama, perundingan dan perpaduan.
24 Kita boleh sahaja namakan strategi dan pendekatan yang diambil itu dengan nama lain seperti laluan kasih, program taut hati, semarak kasih, belaian kasih dan sebagainya.
25 Kalau di peringkat Wanita ada program Sayang yang dilihat lebih mendekati semangat 1Malaysia, mengapa Pemuda UMNO tidak menggunakan pendekatan dan strategi yang seakan-akan dengannya.
26 Mungkin ketika tertentu kita memang benar-benar terpaksa “berperang” dengan musuh-musuh sebenar kita, tetapi tak perlulah kita awal-awal lagi membocorkannya dengan menggunakan strategi yang membuatkan orang ramai akan berasa lebih sangsi, lebih takut dan akhirnya akan menjauhi kita.
27 Saya bersetuju jika “Bilik Perang” itu digunakan untuk mengatur strategi memerangi musuh-musuh sebenar agama, bangsa dan negara, tetapi jika “Bilik Perang” itu digunakan untuk memenangi hati rakyat terutama pengundi muda bagi bagi memastikan BN memenangi PRU ke-13, itu bagi saya tidak sesuai sama sekali.
28 Matlamat kita mahu memenangi hati rakyat, tetapi cara-cara yang kita gunakan seperti mereka itu musuh kita. Bukankah UMNO sudah berpegang kepada matlamat tidak menghalalkan cara?
29 Musuh-musuh UMNO memang sentiasa mengisyhtiharkan perang dengan kita, namun UMNO dari dahulu hingga kini tetap bertahan dengan semangat toleransi, dambakan suasana damai dan harmoni, dan tidak pernah memusuhi sesiapa kecuali kepada musuh yang nyata.
30 Kita membenci musuh-musuh UMNO yang sebahagian tindakan mereka bagai memusuhi agama, bangsa dan negara, tetapi jika kita menggunakan cara yang hampir-hampir serupa dengan musuh kita, kita akan dituduh sama sahaja dengan mereka.Tentu kita tidak mahu sampai hal ini berlaku kepada kita.
31 Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menasihati diri saya dan sesiapa sahaja yang cintakan UMNO, bahawa tindakan yang kita laksanakan dalam keghairahan kita untuk berubah dan seterusnya memenangi PRU ke-13, jangan sampai kita dikhilafkan oleh strategi dan pendekatan yang salah.
32 Apa pun tindakan kita, laksanakanlah dengan penuh hati-hati dan berhikmah agar ianya tidak lari daripada aspirasi yang ditetapkan oleh pimpinan kita di bawah konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat daripada segalanya melalui pendekatan mesra rakyat dan tambat hati mereka.
Hakcipta Abd Bashid Harun











4 users commented in " Hati-Hati Dalam Tindakan Memenangi Hati Rakyat "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSahabatku Bashid.Adalah lebih baik saudara menulis wacana yang mencernakan citra warna dunia pendidikan daripada saudara meluahkan kemuntahan dunia prinsip politik yang tuan anuti yang tiada kesudahannya yang telah dilempiaskan oleh masyarakat kawasan saudara. Curahan politik saudara sebenarnya mencerminkan betapa dangkalnya aliran pemikiran saudara yang kononnya memiliki keilmuan yang tinggi dalam pengurusan pendidikan. Rakan-rakan kita amat mengenali saudara bukan sahaja di persekitaran larut, malah seantero Malaysia. Saudara begitu takut pada bayang-bayang sendiri berhadapan dengan rakan-rakan lain yang mungkin lebih bagus menampilkan watak sebagai seorang guru daripada bertahtakan nama GURUBASHID. Kembali pada dunia realiti. Tulisan saudara rata-rata menggambarkan konflik peribadi yang saudara lalui kerana tidak diangkat sebagai suatu wawasan yang mapan. Salam saudara
Jangan gentar menghadapi apa jua cabaran dan rintangan saudara Bashid. Apa yang saudara lontarkan banyak kebenarannya. Sdra lebih berterus-terang tanpa bertopeng bagi mengemukakan pendapat. Tidaklah seperti mereka yang konon membangun bersama Islam. Tapi pemimpin dan pengikut membudayakan fitnah.
Assalamu’alaikum, apa komen tuan dalam hal ini, jika tuan dapat mengemukan idea ini dan terlaksana, tuan adalah pendakwah Islam yang sebenar dan politik hanya dibawah kekuasaan sahaja
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt.
Manahdaud, semoga anda dirahmati Allah. Saya hanya memberikan pandangan, seperti juga orang lain yang ada pandangannya yang tersendiri. Sama ada pandangan saya itu didengar atau tidak; diambil tindakan atau tidak, bukan dalam bidang kuasa saya yang akan menentukannya. Apabila disebut pandangan, ia boleh sahaja ditolak atau tidak dipakai sama sekali. Semua pandangan atau pendapat ada kekuatan atau kekurangannya. Walau bagaimanapun penapis terakhir untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan itu ialah mereka yang memimpin negara dan kerajaan sebab di tangan merekalah keputusan muktamad dibuat yang tentunya berpaksikan perlembagaan. Kepada merekalah kebijaksanaan diharapkan dan keadilan berlaku. Mereka tentulah yang terpilih dan terbaik sebab itu mereka ditetapkan Tuhan untuk berada di kedudukan mereka sekarang. Tegasnya saya atau sesiapa sahaja patut akur dengan keputusan terakhir yang tentunya dibuat untuk kepentingan negara dan rakyat. Sekalipun pendapat saya ditolak, ia sedikit pun tidak mengurangi rasa tanggungjawab saya terhadap kerajaan yang saya dokong dan profesion yang saya ceburi. Saya akan terus melontarkan buah fikiran dengan bahasa dan cara yang paling baik dan tiada sebab untuk saya melenting seperti sesetengah indidividu apabila pandangan mereka ditolak. GuruBashid akan kekal dengan caranya dan akan melakukan hanya yang terbaik untuk agama, bangsa dan negaranya.
salam…. ali datang lagi…. buat guru bashid… kenapa baru sekarang UMNO menghulur salam persahabatan…. tengok waktu mereka kuat… pandang pun tidak… inilah melayu…. saya heran la…. guru ni orang bijak, terpelajar, banyak pengalaman. guru x boleh nilai ke yang mana kaca dan permata antara UMNO dan PAS…. tak payah penat2 perah otak la nak menilai…. kita tengok pemimpin kedua parti ini sahaja…. ataupun guru ada agenda tersembunyi?…. wallahualam…. rasa kalau guru pergi ke rumah Tuan Guru Nik Aziz… mesti menitis air mata…. cuba lah jejak kaki ke KELANTAN NUUUUU…………
Leave A Reply