1. Jangan memperlekehkan Najib. DS Mohd Najib bukannya seperti apa yang ramai sangkakan. Beliau tidak terikut-ikut dengan rentak orang di sekelilingnya. Pemansuhan PPSMI semasa pemerintahan beliau membuktikan yang beliau bukan mewakili mana-mana individu atau sekumpulan orang. Tindakan beliau bukanlah berasaskan kepada tekanan kumpulan tertentu.
2. Harus diingat bahawa beliau adalah Perdana Menteri 1 Malaysia bukan Perdana Menteri bagi individu atau kumpulan tertentu.
3. Mungkin bagi sesetengah orang DS Najib seolah-olah mahu dilihat sebagai pemimpin yang mahu mendengar saranan lawan. Tetapi beliau melakukannya bukan dengan cara yang reaktif tetapi dengan penuh sedar dan responsif.
4. Anda baru mahu, tetapi beliau sudah pun melaksanakannya. Anda ada rakyat yang konon-kononnya menyokong anda tetapi realitinya anda hanya berselindung di sebalik nama rakyat. Tidak lebih daripada itu.
5. Anda tidak berbuat sesuatu yang berfaedah untuk rakyat selain mengapikan-apikan emosi massa agar membenci kerajaan sambil menggunakan mereka untuk kepentingan jawatan dan parti anda.
6. Yang jelas anda hanya bertungkus lumus untuk mempertahankan apa yang anda ada saja sekarang ini yang kelihatannya sudah mahu terlepas satu persatu.
7. Anda bersuara di sebalik rakyat, tetapi Najib berada di hadapan rakyat sambil berusaha gigih dengan hati yang ikhlas untuk memenangi hati mereka. Anda melaungkan slogan suara rakyat, dan entah apa-apa lagi atas nama rakyat tetapi DS Najib mahukan 1Malaysia.
8. Usaha-usaha DS Najib seperti menarik rambut dari tepung. Sungguh berbeza dengan anda yang terus mahu merentapnya tanpa ambil peduli sama ada rambut yang akan putus atau tepung yang bakal tumpah.
9. Atas kebijaksanaan itulah beliau ditakdirkan berada di tempatnya sekarang. Beliau pemimpin dan ternyata apa yang dilakukannya ialah memimpin dan mendorong. Musuh nombor satunya memang ingin menyingkirkannya dari dahulu lagi, tetapi bukan mahu menggantikannya dengan orang lain tetapi dengan dirinya sendiri. Inilah masalah yang sebenarnya menjadi penyakit kronik pada individu itu yang memusuhi DS Najib sejak dahulu.
10. Ada orang yang bertungkus lumus mahukan dirinya ditunjuk sebagai Perdana Menteri. Tetapi Tuhan masih memilih DS Najib untuk duduk di kerusi nombor 1 itu. Kedudukan DS Najib yang begitu membuatkan musuh-musuhnya tidak senang duduk, jauh sekali untuk berdiri.
11. Mereka terlalu takutkan DS Najib setelah tuduhan demi tuduhan yang mereka lemparkan ke atas Najib dan isterinya. Sebab itu mereka mengada-adakan apa jua cerita dan agenda tentang dirinya dalam meraih simpati orang ramai agar lebih mempercayai mereka daripada DS Najib.
12. Tetapi apa pun yang anda buat DS Najib telah dipilih untuk duduk di kerusi nombor 1 itu. Yang lebih istimewa lagi beliau bukan sekadar duduk di atasnya tetapi melakukan sesuatu dari situ.
13. Inilah kelebihan DS Najib. Sudah melebihi 100 hari beliau memerintah. Namun bersandarkan daripada apa yang dilihat beliau seolah-olah berada di situ selama setahun. Dalam tempoh itu dia tidak pernah berbulan madu atau bercuti.
14. Beliau juga tidak pernah dilihat melakukan trial and error dalam usahanya itu. Beliau serius dalam setiap usaha yang dilakukannya. Slogan 1Malaysia dengan rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan memang telah dibuktikan.
15. Beliau bukan sekadar dilihat ligat tetapi benar-benar bekerja. Semua orang tahu dan nampak itu. Tahniah DS Najib.
16. Kekuatan DS Najib ialah keupayaan beliau menggunakan senjata musuh tanpa membunuh musuh itu terlebih dahulu. Beliau tidak melawan atau melakukan tolakan dengan keras seperti sesetengah pemimpin yang reaktif.
17. Sebabnya cukup jelas. Beliau sudah melihat sendiri kesan daripada perlawanan atau pertentangan yang sebenarnya tidak pernah berkesudahan. Jika beliau tidak dapat menolaknya beliau akan menyertainya. Ini yang beliau lakukan sekarang ini.
18. Beliau turut berminat dengan apa yang diingini oleh musuh-musuhnya. Tetapi dia mengolahnya dengan cara yang lebih berhikmah dan bijaksana. Anda ingin memerangkapnya, tetapi ketika anda baru hendak mengatur langkah untuk memerangkapnya beliau telah pun memerangkap anda dua kali.
19. Saya harap tidak ada orang berkata saya berlebih-lebihan tentang DS Najib. Tetapi apa yang saya lihat inilah kelebihan DS Najib putera kepada Bapa Pembangunan Malaysia.
20. Anda sendiri dapat melihat bagaimana beliau telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja dan inkues kes kematian Teoh Beng Hock. Anda mencipta pelbagai isu yang dikaitkan dengan kematian itu tetapi dia mengambil langkah ke hadapan untuk berhadapan dengannya.
21. Sama ada DS Najib menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau tidak SPRM khasnya dan kerajaan amnya telah cuba dikaitkan dengan cara yang tidak sepatutnya dalam hal ini. Konon-kononnya ada konspirasi antara SPRM dan kerajaan BN untuk menjatuhkan gerombolan pembangkang di Selangor. Malahan ada yang sudah berani menuduh UMNO terlibat dalam kematian itu.
22. Jadi penubuhan Suruhanjaya dan inkues itu adalah langkah paling tepat oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan DS Najib untuk memadamkan tohmahan itu. Malahan semua rakyat, terutama keluarga si mati sedang menunggu-nunggu kedudukan sebenar tentang hal ini dan jika ada yang bersalah akan dihadap ke muka pengadilan.
23. Saya menyokong penuh usaha penubuhan Suruhanjaya itu dan menganggapnya sebagai langkah bijak Perdana Menteri. Sebabnya dari situlah nanti banyak perkara yang akan terbongkar dan banyak kebejatan akan terdedah.
24. Dan dengan cara itu jugalah keyakinan rakyat kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan DS Najib akan bertambah dan tidak mustahil akan menjadi satu pukulan maut kepada pembangkang.
Hakcipta Abd Bashid Harun
Baca juga artikel berkaitan:











1 user commented in " DS Mohd Najib Dari Perspektif GuruBashid "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacklepas tu lantik datuk JJ jadi duta AS…kawasan rompin siapa nak jaga….siapa jadi mangsa…rakyat juga….dalam umno boleh belaka..nak buat macamana … begitulah rakyat didahulukan….tak apa kita mesti bersikap rasional sebab datuk najib ada alasan yang terbaik demi rakyat( dalam kotak fikir guru bashid)
Reaksi:
Biarlah kita menjaga urusan diri kita dan ahli di bawah tanggungan kita. Urusan negara dan kepimpinan ummah serahkan kepada pemimpin yang terpilih dan orang yang ahli. Bukankah Tuhan berkata, “jagalah diri kamu dan ahli kamu daripada api neraka.” Maka janganlah kita terlalu disibukkan dengan menjaga urusan yang dia atas kita yang sebenarnya bukan bidang dan kepakaran kita.
Leave A Reply