Ketika kerajaan BN serius memerintah dan sibuk melakukan perubahan di sana-sini, pembangkang yang diberi kuasa untuk memerintah negeri pula sibuk mencari salah kerajaan BN, dan mencari pelbagai jalan untuk memerintah pusat tanpa melalui pilihan raya dan mengambil hati pasangan masing-masing yang dikahwini secara terpaksa.
Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti ad hoc pembangkang yang berfokus kepada tiga agenda. 1) Mencari salah kerajaan negeri yang lalu 2) Mencari jalan bagaimana untuk memerintah pusat menggunakan jalan pintas dan 3) mengambil hati pasangan yang baru dinikahi secara paksa.
Dalam keadaan seperti ini apa yang pembangkang lakukan seolah-olah menjelaskan kepada kita betapa sebenarnya mereka tidak yakin untuk memenangi hati lebih ramai rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya untuk menubuhkan kerajaan pusat melalui pilihan raya.
Dari rekod-rekod pembangkang kita maklum bahawa mereka tidak pernah percaya kepada sistem pilihan raya dan suruhan jaya bebas seperti SPR. Selama ini mereka hanya percaya kepada diri sendiri. Mereka sekarang mengambil sikap mendiamkan diri kerana mereka sendiri tidak menyangka boleh memenangi banyak kerusi. Jika berlaku sebaliknya, sikap mereka kepada SPR saya percaya tidak akan berubah. Mereka akan terus menjadikan SPR dan sistem pilihan raya bebas di negara ini sebagai mangsa serangan tidak berasas mereka.
Bagi PKR sendiri, mereka sibuk mencanangkan bahawa mereka akan memperolehi wakil yang lebih ramai kerana ada calon BN yang akan melompat parti. Dan seterusnya jika itu berlaku mereka akan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Inilah kerja buat mereka sejak hari pertama mereka mendapat 82 kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu.
Mereka yang pada mulanya hanya sekadar ingin menafikan majoriti dua pertiga bagai terkejut beruk dengan pertambahan kerusi yang begitu besar. Tetapi kerana didorong oleh keghairahan mendapat jumlah kerusi yang lebih banyak, mereka tiba-tiba sahaja menjadi haloba untuk menarik wakil-wakil rakyat BN untuk melakukan lompatan. Cerita yang konon-kononnya ramai ahli BN yang akan melompat parti dijaja ke sana ke mari. Sebuah cerita yang tidak lebih daripada memberi gambaran betapa kemaruknya mereka untuk memerintah pusat dan betapa ketagihannya Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Anwar yang tidak sempat menjadi Perdana Menteri setelah agak lama menjadi Timbalan Perdana Menteri kini memasang angan-angan sekali lagi untuk menjadi Perdana Menteri tetapi bukan mejelang Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi sekarang, iaitu ketika air masih keruh dan kelibat ikan masih belum jelas. Sebelum air kembali jernih dan warna ikan nampak jelas di mata, usaha mesti dibuat dengan seberapa segera yang mungkin-siang dan malam, ketika panas dan hujan.
Kalau tak betulpun apa yang ditunjukkan biarkan ia nampak seperti betul supaya ada orang yang akan percaya dan bimbang. Inilah cara orang yang tidak yakin ingin berkuasa. Kita lihat nanti, permainan atau kejujuran yang lebih berjaya.
Bagi Pas pula mereka sekarang sibuk untuk mengambil hati DAP dan kawan-kawan mereka daripada bukan Islam. Mereka bersedia untuk melupakan sebentar perjuangan asal mereka untuk menegakkan sebuah negara Islam, asalkan kerajaan dapat dijatuhkan.
Pas tidak sanggup bekerjasama dengan UMNO yang bersedia menawarkan pakatan dengan mereka. Mereka lebih rela menjaga hati rakan politik mereka walaupun sebelum ini tidak pernah sebulu dengan mereka dan jelas menolak mentah-mentah gagasan negara Islam.
Pas sanggup mendiamkan isu yang berkaitan dengan babi di Selangor sedangkan dahulu mereka sangat kuat menentang kerajaan atas perkara yang sama. Pak Lah sendiri pernah disebut sebagai Badawi yang membela babi, bukan unta.
Pernah pada suatu ketika mereka bising kerana ada beberapa orang mahasiswi sebuah universiti tempatan yang memegang babi atas tugasan mereka sebagai bakal doktor haiwan, tetapi kini apa yang mereka tidak suka benar-benar terkena batang hidung mereka sendiri. Mereka “bukan sekadar menyentuhnya malahan bersetuju dengan industri memelihara babi dalam bentuk ladang bersaiz mega.”
Kalau mereka bukan orang yang paling membenci babi kita tidak hairan, tetapi mereka telah membuktikan dengan kata dan tindakan bahawa suatu ketika dahulu mereka sangat anti babi. Tetapi kerana matlamat politik yang diletakkan lebih tinggi daripada segala-galanya, kini mereka bersedia pula bertolak ansur disebabkan babi. Mereka lebih bersedia menerima beratus ribu ekor babi yang bernajis mughallazah daripada sebatang penyapu yang bersih.
Begitulah hebatnya seekor haiwan yang bernama babi sehingga boleh menukarkan tingkah laku dan kepercayaan seseorang. Begitulah lemahnya manusia yang meletakkan kepentingan politik dan peribadi melebihi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Hakcipta Abd Bashid Harun

















3 users commented in " Disebabkan Babi "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksalam cikgu….saya berasa amat sayu sejak kebelakangan ini, melihat lagak pembangkang yang sentiasa bercakap besar dan tidak lagi menghormati sesama manusia…mereka menjadi amat sombong dan bongkak…ini kah wajah sebenar mereka?
Mereka terlupa bahawa kemenangan itu hanyalah ujian untuk mereka.Ujian untuk melihat siapakah mereka yang sebenar.
Babi dan Penyapu
Hohohoh Babi bagi pas Penaypu bagi BN PKR dan DAP pula apa ya?
Hohohoh. Kali ini saya nak komen dua-dua Bn dan Pas. Begini PAS bukanlah parti yang perlu di hairankan dalan hal-hal sebegini.Suatu ketika dulu mereka ini menghina dan mengatakan Tun adalah orang yang menghalalkan segala cara dalam pentadbirannya.Saya secara peribadi nak mengatakan, bila mana kita berada diatas dan memimpin sesebuah negara tidak salah kita menghahalkan semua.Pada saya apa yang dihalalkan itu adalah pengorbanan, tetapi janganlah yang dihallakan itu adalah perkara-perkara yang telah ditetapkan haram dalam syarak.Itu salah.
Berbalik kepada PAS mereka ini bagus tetapi itulah mereka ini memang menghalalkan semua cara termasuk perkara yang memang tak masuk akal.Bukankan PAS mengatakan kalau syaitan nak memabtu mereka mereka akan bersekongkol dan bekerja sama untuk merampas kuasa kerajaan Malaysia biar BN tumbang.Mereka juga pernah membuat keyataan Tuhan mencarut.Saya cukup hairan tuhan mencarut.Tuahan hanya besar dan itu adalah pakaiannya, bila masa tuhan mencarut.Sebagai org islam macam mana kita boleh katakan tuhan yang kita sembah dan akui esa itu sebagi mencarut.Mencarut ini bukan pakaian Allah.
Nah di sini jelas, kalau PAS boleh kata tuhan mencarut,inikan pula babi,mereka tidak akan segan silu untuk menghalalkan babi sebagai satu isu dan modus mereka untuk menakluki satu-satu kawasan.
Saya tahu PAS akan menjawab kepada kita,kenapa salahkan membenarkan babi diternak secara MEGA? Mereka akan memberi alasan Allah tidak perna mengatakan tidak boleh ternak babi samaada secara kecil-kecilan atau besar-besaran.Babi hanya dikatakan sebagai haram.Bukan orang isalam yang ternak pun.Oleh itu kita tidak ada alasan untuk mengatakakn Babi tidak boleh diternak sekarang ini.Kerana kini Pas dan PKR telah memerintah kawasan berkenaan.Sebagai sebuah kerajaan adalah menjadi tanggungjawab mereka memperbaiki prasana yang ditinggakan oleh BN dan menjana sebanyak mungkin pendapatan untuk terus membawa negeri dibawah pimpinan mereka maju dan mendapat kepercayaan rakyat.
O ya Penyapu dan BN Selangor.Pada saya kejatuhan BN salah satunya Penyapu.Bagini ya,asalnya kita ini belajar ya semasa kita kecil,kemudian kita berjaya dan menjawat jawatan tinggi sehinggi kita ini adalah yang terhebat dan menaggap kita ini terbaik.Best among the BEST.Tahap kita sudah mencapai tahap terpelajar.Tetapi bila kita ni dan menganggap penyapu sebagai hadia terbaik kita ini sudah capai tahap bukan lagi terpelajar tetapi KURANG AJAR.Ini lah masalahnya.
Saya ingin bertanya apa kah kira sering hadir ke seminar motivasi,belajar teori pembelajaran pelakuan dan sebagainya? kalau ya pernah tak kita mendengar teori-teori motivasi sekarang dan dahulu mengaatakan berikan hadiah,berikan seusatu yang baik semaada senyuman atau kata-kata pujian kepada pelajar atau anak-anak kita,iaitu sesuatu memberikan semangat untuk terus mengulangi perlakuan yang baik,seperti dalam teori pelaziman.
Kenapa penyapu harus digunakan sebagi satu motivasi.Apakah kita orang melayu sudah lupa bangsa dan budaya Melayu kita yang belajar kesantunan dan kesusilaan dan begitu berpegang teguh dengan tonggak ini.Sila lihat rukun negara.Tetapi bila saya kata begini pastinya ada orang-orang yang terpelajar mengatakan tindakan mereka betul menggunakan penyapu sebagai motivasi dan pembakar semangat terutama menteri yang melaksanakan teori ini.Banyak lagi benda yang boleh digunakankan sebagai pembakar semangat dan pemangkin motivasi.
Saya optimis salah satu punca BN kalah bila mana isu penyapu diperbesarkan.Saya berharap biarlah menteri-menteri terpelajar ini jgn mudah lupa.Belajarlah.Saya tahu mereka semua bukan calang-calang orang.Tapi harus diingat kita rakyat, kita juga belajar,kita juga tahu menilai.Kita tidak seperti seperti 20 30 tahun dahulu yang dungu,dangkal dan ketandusan ilmu.
Babi dan Penyapu sama-sama punya kelemahan.Usah mendabik dan mengata sesama sendiri.Semua ini menjadi lumrah bila sesiapa sahaja yang naik memerintah.Bila BN jadi pembangkan mereka juga tak ubah seperti PAS,PKR DAN DAP.Mereka kini mencari kesalahan,kesilapan parti pembangkang yang memerintah.Mereka juga telah memakai sebahagain daripada pakaian pembangkang.Mereka juga sudah tak ubah seperti musang berbulu ayanm yang pada saat ini mempunyai agenda tersendiri.
BN,PAS,PKR dan DAP adalah sama sahaja…………….. kenapa? Hhohohohohohoh sebab mereka ini adalah PARTI POLITIK hahahahaha. Tak boleh cakap lebih nanti kita kena gam.Medium internet lah satu-satunya medium yang boleh kita gunakan untuk meluahkan pandangan untuk dikongsi bersama.
Leave A Reply