” Saya tidak bimbangkan kata-kata pemimpin PAS tentang kafirnya ahli-ahli UMNO. Kata-kata pemimpin PAS tidak memberi bekas kepada islam atau kafirnya saya sebagai ahli UMNO. Keyakinan saya tentang hal ini tidak sedikit pun ada keraguan padanya. Sebab bagi saya kafir itu jelas, islam itu juga jelas.Syurga itu jelas, neraka itu juga jelas. UMNO itu jelas, PAS juga jelas. Yang saya khuatir ialah pemimpin PAS yang menjadi saudara seagama dengan saya yang membuat dakwaan sedemikian. Pertama takut-takut kalau mereka mendahului Tuhan dalam hal-hal yang menentukan aqidah seseorang itu. Saya khuatir penuduh yang akan menjadi kafir lantaran tuduhan yang dibuatnya ke atas orang-orang UMNO.Sesungguhnya saya berkeyakinan Islamnya saya bukan ditentukan oleh apa yang PAS kata dan tulis tentang saya. Tetapi islamnya saya adalah atas kebenaran yang saya yakini dan pegang selama ini.Selebihnya saya serahkan kepada Tuhan yang saya percaya, bukan kepada PAS. Lainlah kalau syurga dan neraka itu disediakan oleh PAS. Maka kalau itu realitinya, bukan sahaja saya, malah ahli UMNO yang lain pun berhak bimbang ” GuruBashid