KESILAPAN besar Anwar ialah menutup satu masalah dengan beberapa masalah yang lebih besar. Yang pertama hanyalah peribadi, tetapi yang berikutnya adalah masalah negara. Ada masalah yang dibangunkan itu begitu berisiko kepada kestabilan dan keselamatan negara. Cara sebegini tidak menggambarkan ciri rakyat yang baik dan setia jauh sekali pemimpin sebuah parti atau negara.

Bagaimanakah pemimpin seperti ini masih boleh dipercayai oleh pengikut-pengikutnya. Tindakan Anwar yang melompat sambil menepis seperti orang kerasukan sangat berbeza dengan tindakannya sebelum ini ketika dia berhadapan dengan kes yang serupa suatu ketika dahulu.

Jika dahulu dia dikira lebih tenang, lebih berani berdepan dengan rakyat dan lebih bertanggungjawab, tetapi kali ini reaksinya sangat berbeza.Dia tidak menjawab persoalan di sekitar isu liwat itu tetapi dia menjawabnya dengan cara-cara lain seperti orang terdesak lakunya.

Persembunyiannya di Kedutaan Turki, dakwaan nyawanya terancam, meminta kerajaan memberi jaminan akan keselamatan dirinya, mendakwa 4 orang ahli parlimen BN akan keluar parti, meminta bantuan Amerika Syarikat,membuka semula cerita 1998,menyaman Ketua Polis Negara dan Peguam Negara,perakuan bersumpah oleh Balasundram tentang pembabitan TPM dalam kes Altantuya,dan penarikan balik tuduhan pertama melalui akuan bersumpah semuanya tidak ada kena mengena dengan isu liwat itu.

Sehari selepas pengakuan bersumpah yang pertama,penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan wanita Mongolia,Altantuya Shaariibu dan membuat satu lagi akuan bersumpah menafikan segala tuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri.

Dalam akuan bersumpah yang baru itu,Balasubramaniam mengakui akuan bersumpahnya pada 1 Julai lalu tidak tepat serta tidak benar.

Dalam masa beberapa hari ini dia begitu cepat membangunkan masalah-masalah yang begitu besar.Satu kemahiran yang saya kira hanya ada pada Anwar bukan pada rakyat Malaysia yang lain.

Dalam masa beberapa hari ini nama Anwar cukup popular.Jika populariti yang dikejarnya,dia
telah pun mendapatkannya bukan sahaja di dalam negeri malahan di peringkat antarabangsa.

Dalam beberapa hari ini walaupun tidak diketahui nasibnya seminggu atau sebulan selepas ini dia telah pun berjaya mencapai hajatnya.Popularitinya telah mengalahkan artis dan ahli poilitik terkemuka dunia.

Tetapi populariti beliau tidak dapat memadamkan insiden yang pernah berlaku terhadap dirinya sebanyak dua kali iaitu apabila dia terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.

Dia seperti budak sekolah yang bukan setakat melanggar disiplin tetapi dirinya sendiri bermasalah.Tetapi pada masa yang sama dia masih ingin popular dan mengatakan tindakannya itu betul.Dalam keadaan bersalah itu dia berusaha untuk menarik perhatian orang ramai kepada dirinya.Nampaknya dia pelajar yang begitu menyulitkan pengetua sekolah dan menguji kesabaran guru-guru.

Dia ingin menutup satu masalah yang membabitkan dirinya dengan membuat masalah-masalah baru.Kalau masalah pertama hanya membabitkan dirinya dan diri yang terlibat, tetapi masalah-msalah kemudian itu membabitkan rakyat, kerajaan dan negara.

Saya tidak faham mengapa dia bertindak sebodoh itu ketika dia sedang meyakinkan para pengikutnya bahawa dia adalah bakal Perdana Menteri. Nampaknya Tuhan telah mentakdirkan yang dirinya tidak layak menjadi seorang rakyat pun jauh sekali seorang pemimpin sebuah negara. Dia mengharapkan orang lain dapat menerima cara-cara begini, tetapi cara beginilah yang dikira paling bodoh dalam sejarah seorang ahli politik.Nampaknya Anwar sedang menyaksikan balasan Tuhan atas tindak tanduknya yang menyulitkan negara, kerajaan dan rakyat. Anwar mungkin boleh mengalihkan pandangan orang ramai terhadap dirinya, tetapi bukan pandangan Tuhan sendiri ke atasnya.

Hakcipta Abd Bashid Harun