1 Saya seronok dengan kempen PAS yang semakin bukan-bukan, kebudak-budakan dan entah apa-apa itu.Apa pun boleh dijadikan isu sekarang sebagai menggantikan isi yang langsung tidak ada pada parti itu.
2 Mereka bangun, tidur dan makan isu. Sebabnya mereka hanya ada isu sedangkan yang memegang isi dan mahu memberikannya kepada penduduk di Galas ada pada BN. Jika PAS menawarkan isu termasuk isu basi dan isu yang dikitar semula yang langsung tidak memberi sebarang kekenyangan kepada penduduk di sini, BN pula menawarkan isi-isinya.
3 PAS yang terkepung di Galas kini begitu tertekan sekali.Mereka kini mengalami sindrom zero isi. Ini berpunca daripada otak mereka yang mengalami simptom penyakit yang cukup kritikal yang dikenali zero minda.
4 Lebih parah dari itu lidah mereka turut dijangkiti penyakit zero kelancangan. Tiba-tiba sahaja mulut mereka tidak bermaya untuk bersuara, badan mudah letih dan kaki mudah terlipat lalu jatuh.
5 Bagi mengatasi penyakit yang begitu cepat merebak di Galas, PAS kini cuba mengenal pasti penawarnya dengan mencari sejenis bahan yang lebih dikenali sebagai ‘isu-isu’.
6 Apa sahaja yang dilihat sebagai isu-isu jika ditemui termasuk yang di pinggir jalan mahupun di dalam longkang akan cepat-cepat dipungut lalu diproses menjadi isu-isu. Isu-isu ini akan dibesarkan saiznya dan dijual kepada orang ramai yang berminat mahu membelinya.
7 Disebabkan terlalu banyak isu yang cuba dijual di pasaran, kini berlaku lambakan isu.Isu-isu ini sudah tidak laku hingga terpaksa dibuang di sungai berhampiran. Bukan kerana harganya yang tersangat murah tetapi kerana nilainya yang sangat rendah. PAS pun tidak tahu nak menjual apa lagi sekarang ini. Jadi apa yang boleh dilakukan dalam masa terdekat ini ialah menggunakan isu yang dikitar semula.
8 Bukti yang PAS menggunakan isu yang dikitar semula ialah apabila PAS sendiri memutar semula isu royalti minyak walhal mereka sendiri telah membawanya ke mahkamah.
9 Tindakan mereka ini menggambarkan siapa diri mereka yang sebenar yang selalu melanggar syarat dan janji-janji mereka sendiri.Mereka bukan tidak tahu sesuatu yang telah dibawa ke mahkamah dilarang sama sekali membincangkannya.Tetapi mereka masih mahu menggunakannya kerana bagi mereka semua halal belaka asalkan yang melakukannya adalah PAS.
Catatan Abd Bashid Harun











No user commented in " Bukan Sahaja Ketiadaan Isi, PAS Turut Kehabisan Isu "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback