1 Ada suara yang menyatakan tentang kemungkinan wujudnya sebuah blok bagi calon-calon bebas di Parlimen. Jangkaan ini dibuat dengan andaian lebih ramai ahli parlimen PKR akan keluar parti dan bertindak sebagai calon bebas.
2 Saya ingin beritahu anda tak kiralah sama ada anda wakil rakyat bebas atau tukang ramal, bahawa kenyataan seperti itu keterlaluan untuk merujuk kepada sekumpulan calon bebas di Parlimen.
3 Sekalipun lebih ramai yang akan keluar parti dan menjadi calon bebas anda tidak boleh mewujudkan sebuah blok. Malahan kerajaan yang berkuasa tidak boleh membenarkan mana-mana wakil rakyat tak kiralah wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan bebas menubuhkan blok masing-masing.
4 Saya menghormati pendirian anda sebagai calon bebas atau bertindak sebagai wakil rakyat bebas, tetapi saya meragui anda jika anda menggangap diri anda yang tidak berparti dan sangat minoriti di parlimen sebagai blok bebas.
5 Ini seolah-olah menggambarkan diri anda terlalu besar dan sangat berpengaruh sehingga anda mahu mewujudkan sebuah tekanan halus kepada kerajaan dengan dakwaan anda itu.
6 Blok selalunya merujuk kepada suatu kuasa yang amat kuat yang mewakili satu-satu isme daripada sekumpulan pendukung dalam jumlah majoriti yang sangat besar seperti blok barat dan blok komunis.
7 Tetapi sejak empayar Russia telah terpecah-pecah dan banyak wilayah yang telah merdeka, blok bukan lagi menjadi suatu ukuran dan sebutan popular masa kini.
8 Malahan suatu ketika dahulu, era pemerintahan Tun Dr Mahathir Muhammad pernah digagaskan sebuah Perundingan Ekonomi Asia Timur. Sungguhpun forum antarabangsa yang dicadangkan itu tidak menjadi kenyataan agak besar dan agak berpengaruh di dunia, namun mantan Perdana Menteri itu beberapa kali menegaskan yang badan perundingan itu bukan sebuah blok.
9 Tiba-tiba di dalam sebuah parlimen Malaysia yang kecil ada pula hasrat untuk membentuk sebuah blok. Jika ada yang patut menubuhkan blok seumpama itu tentunya daripada kalangan ahli parlimen kerajaan, tetapi kerajaan tidak pula terfikir sampai ke situ.
10 Sebagai calon bebas, anda bebaslah. Jika anda mahu menyokong dan memperkukuhkan suara kerajaan dalam parlimen anda lakukanlah sebaik-baiknya, bukannya dengan mendakwa anda sebuah blok bebas.
Hakcipta Abd Bashid Harun











1 user commented in " Blok Bebas Itu Keterlaluan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackKesabaran Rasulullah S.A.W Menghadapi Penghinaan Dari Golongan Munafik
Posted: Saturday, April 18, 2009 – 12:15 PM
Hadis Usamah bin Zaid r.a:
Sesungguhnya pada suatu hari Nabi s.a.w menaiki seekor keldai yang berpelana dan di bawahnya ada kain selimut yang agak lusuh buatan Fadakiah. Sementara itu Usamah mengikuti dari belakang baginda untuk menjenguk Saad bin Ubadah di kalangan Bani Al-Harith bin Al-Khazraj. Peristiwa itu terjadi sebelum peperangan Badar. Semasa dalam perjalanan tersebut baginda telah pergi ke suatu majlis yang bercampur di antara kaum Muslimin dengan orang-orang Musyrikin yang menyembah berhala dan orang-orang Yahudi. Di dalam majlis tersebut terdapat orang yang bernama Abdullah bin Ubai dan Abdullah bin Rawahah. Ketika majlis tersebut ditutupi oleh debu-debu yang berterbangan dari tapak kaki binatang, Abdullah bin Ubai menutup hidungnya dengan kain serban agar tidak dimasuki oleh debu-debu tersebut……
Oleh kerana tidak tertahan dengan debu itu, Abdullah bin Ubai berkata: Jangan taburkan debu padaku. (Setelah beliau terlebih dahulu berada di samping mereka), Nabi s.a.w kemudiannya berhenti dan turun dari keldainya, kemudian baginda menyeru mereka kepada Allah dengan membacakan beberapa potong ayat Al-Quran. Setelah mendengarnya, Abdullah bin Ubai berkata: Wahai seseorang! Aku kira lebih baik kamu duduk di rumah saja sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka janganlah kamu menyakiti kami di majlis kami sendiri. Pulanglah kamu ke rumahmu. Sesiapa di antara kami yang datang kepadamu, maka ceritakanlah kepadanya. Seterusnya Abdullah bin Rawahah berkata: Sertailah majlis kami, sesungguhnya kami lebih menyukainya. Oleh itu orang-orang Islam sendiri, orang-orang musyrik dan juga orang-orang Yahudi yang hadir di dalam majlis tersebut semuanya mencaci maki Nabi s.a.w seolah-olah mereka mahu menerkam baginda. Namun begitu Nabi s.a.w tetap tenang dengan sikap dan karenah mereka. Sementara itu baginda tanpa banyak bicara terus menaiki keldainya ke tempat Saad bin Ubadah, lalu Nabi s.a.w bersabda: Wahai Saad! Apakah kamu tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Abu Hubad beliau menyuruh Abdullah bin Ubai berkata begini dan begini? Saad bin Ubadah cuba menghiburkan baginda dengan berkata: Maafkanlah beliau wahai Rasulullah! Maafkanlah beliau. Demi Allah, tuhan engkau (baginda) telah memberikan apa yang memang hendak Dia berikan kepada engkau (baginda). Sesungguhnya penduduk Madinah ini sudah ramai yang bergabung dan menaikkan engkau (baginda). Kalau sekiranya Allah menarik semula perkara itu dengan kebenaran yang telah Dia berikan kepada engkau, itu bererti ada yang masih belum sempurna. Nabi s.a.w dapat memahami ucapan Saad tersebut dan akhirnya baginda memaafkan perbuatan Abdullah bin Ubai.
-(H.R MUSLIM)
Bab Doa Nabi s.a.w Dan Kesabaran Baginda Menghadapi Penghinaan Dari Orang Orang Munafik
Leave A Reply