1. Janganlah terlalu bimbang dengan wanita. Biar mereka yang mengurus diri mereka sendiri. Saya yakin mereka mampu melakukannya. Mereka adalah ibu-ibu, kakak-kakak dan nenek-nenek yang baik.

2. Sungguhpun pertandingan menjadi pilihan akhirnya, saya percaya pertandingan di kalangan wanita adalah sebuah pertandingan yang sihat dan penuh semangat demokratik. Itulah janji Rafidah. Itulah juga janji Shahrizat.Saya percaya janji-janji mereka.

3. Sebelum ini tidak ada apa-apa pun yang diisukan tentang wanita. Entah macam mana ada orang yang ingin melihat wanita berkocak.Entah halimuman mana yang tidak senang duduk melihat wanita tenteram dan pro menangani hal mereka selama ini.

4. UMNO berkocak, dan sayap-sayapnya yang lain turut berkocak, mengapa wanitanya pulak dibiarkan kool. Itu tak aci. Kalau nak kocak, kocak semuanya. Biar semua merasakan bagaimana keadaannya berada dalam kocakan itu. Silap-silap, kocakan menjadi gelombang. Biar tenggelam. Baru padan muka. Itulah harapan orang yang berniat jahat kepada UMNO.

5. Sama ada tujuannya untuk tidak membiarkan wanita UMNO terus berada dalam keadaan selesa atau ada yang merasa tak seronok melihat betapa amannya wanita selama ini. Atau kerana hendak menguji wanita, tak mengapalah. Biarkanlah halimunan ini menjalankan kerja-kerjanya.

6. Ini bukan pertama kali adanya pertandingan merebut jawatan nombor 1 dalam wanita. Sebelum ini pun Rafidah pernah bertanding, dan keputusannya Rafidah pernah kalah. Selepas itu Zaharah pula bertanding, Zaharah pulak kalah. Tetapi Wanita UMNO tetap kuat selepas itu dan kini pun.

7. Wanita tetap menjadi tulang belakang UMNO yang memenangkan BN dalam setiap kali pilihan raya. Ketika lelakinya malu-malu kucing, wanitanya berani bersemuka dan mengajak pengundi menyokong Barisan Nasional.

8. Ketika lelakinya banyak mengelak, wanita sanggup mengetuk pintu rumah siang dan malam untuk meraih undi.

9. Malahan ketika sebahagian lelaki UMNO menikam parti sendiri dari belakang sehingga kalah di beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum ke-12, wanitanya tetap steady, setia dan bermati-matian menggerakkan jentera pilihan raya. Siapakah yang dapat menafikan ini? Siapa?

10. Yang patut kita bimbangkan ialah pemilihan di peringkat Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli-ahli MT dan Ketua Pemuda. Jadi janganlah kita bimbangkan sangat dengan urusan wanita ini, apatah lagi campur tangan dengan urusan mereka. Yang penting jaga parti kita baik-baik.

11. Saya tidak pernah meragui wanita UMNO sebagai penyokong nombor satu dan paling setia dengan UMNO dan untuk memenangkan BN dulu, kini dan selamanya.Walau apa pun yang berlaku dalam UMNO, keyakinan saya tetap sama iaitu wanitanya tetap setia dan bertanggungjawab.

Hakcipta Abd Bashid Harun