1 Kononnya aura Nik Aziz dibelakang calon PAS, Dr Zul. Isu ini tiba-tiba sahaja dikeluarkan oleh PAS setelah melihat calon yang kerap duduk di kerusi untuk menunggu pelanggan itu semakin ditolak di Galas. Untuk tidak dilihat yang taktik bodoh ini sengaja dibuat oleh PAS, mereka turut menyebutkan yang aura Tengku Razaleigh turut berada di belakang calon BN, Abdul Aziz Yusoff.

2 Sebenarnya PAS takut kepada kedua-duanya,baik calon BN mahupun Tengku Razaleigh sendiri yang dilihat semakin mendapat tempat sekarang ini dalam PRK Galas.Sebab itu hal aura ini sengaja ditimbulkan sebagai cara untuk menyelamatkan PAS daripada tewas teruk di Galas.

3 Nak menonjolkan lebih lebih calon yang bertanding,dah tak ada lagi kecuali kelulusan yang tinggi.Itu pun sudah dipatahkan. Jadi terpaksalah tonjolkan aura Nik Aziz. Aura konon.

4 Sebenarnya saya nak bagi tau PAS bahawa Nik Aziz tidak ada tempat di sini. Di sini hanya ada Tengku Razaleigh Hamzah daripada parti BN yang berjasa besar di Gua Musang dan calon BN yang mendapat restu penuh daripada beliau, iaitu Abdul Aziz Yusoff.Selain itu pembangunan di Gua Musang sebagai bukti.

5 Untuk menang di sini anda perlukan bukti, bukan janji. Buktinya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan jasa-jasanya di Gua Musang. Buktinya ada pada calon BN, Abdul Aziz Yusoff. Bukan disebabkan aura sesiapa.

6 Jadi jangan sebut pasai aura sesiapa di sini, apatah lagi aura Nik Aziz konon. Nik Aziz telah lama mati di sini. Usahkan auranya, Nik Aziz sendiri kalau bertanding di sini akan ditolak oleh pengundi.

7 Jika anda mahu juga mempertahankan aura seseorang di sini, aura itu ada pada Tengku Razaleigh. Tetapi Tengku Razaleigh tidak pernah bergantung kepada faktor yang begitu. Tengku Razaleigh hanya percaya kepada kerja kuat dan pembangunan yang dilakukan sebagai bukti. Oleh itu PAS jangan bermimpi di sini.

Catatan GuruBashid