SAYA berpendapat di bawah ini merupakan ungkapan terbaik tentang Anwar yang pernah diucapkan oleh Y.Amat Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau masih memegang jawatan Perdana Menteri. Fahami ungkapan berikut:

Malang sekali selepas sahaja beliau disingkir, DSAI telah melemparkan bermacam-macam tuduhan terhadap kerajaan, parti UMNO dan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO.Beliau telah menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan pemimpinnya dan merusuh dan mengganas di jalan-jalan di Kuala Lumpur.Beliau telah memburukkan negara, kerajaan dan UMNO di merata dunia, mengguna orang asing dan media asing untuk menyokong tindakan pengikutnya dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negara kita,negaranya sendiri. Ini adalah satu penderhakaan yang tidak dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO yang terdahulu walau apa pun kekecewaan mereka.”

Dengan perbuatan ini maka tindakan menyingkirnya menjadi lebih tepat.Amatlah tidak sesuai seorang yang begitu tidak setia kepada negara menjadi pemimpin negara ini.Jika dahulu saya merasakan tindakan terhadapnya adalah terlalu keras, hari ini saya berpendapat tindakan yang diambil terhadap kesalahannya memang wajar.”

“Apa yang menimpanya adalah disebabkan oleh apa yang telah dilakukan olehnya dan apa yang dilakukan olehnya adalah kerana beliau sanggup mengguna topeng agama semasa melakukan perbuatan-perbuatan yang amat bertentangan dengan agama dan tatasusila kaum bangsanya.” Tun Dr Mahathir Mohamad, 18 Jun 1999