“Saya percaya jika Anwar Ibrahim kalah dalam pilihanraya kecil itu bukanlah sangat kerana kes liwat yang sedang dihadapinya, tetapi lebih kepada akibat tindak tanduknya sendiri selepas disingkirkan daripada UMNO yang hampir keseluruhannya bersifat peribadi dan yang lebih penting lagi tindak tanduk itu bukan sahaja membahayakan parti, malahan mendedahkan bangsa Melayu, agama Islam, rakyat Malaysia dan negara ini kepada ancaman pihak asing. Amerika dan teman tidurnya Yahudi menjadi lebih berani ke atas negara ini hanya kerana mereka memiliki manusia bernama Anwar yang sedang mereka bina. Anwar tidak dapat lari lagi daripada terus bermain permainan yang beliau ciptakan sendiri setelah dia pergi terlalu jauh. Salah atau benar tidak lagi penting bagi Anwar sebab yang lebih penting baginya ialah tangannya yang sebahagiannya telah pun terbakar mesti terus menggenggam bara api. Di depannya kerajaan dan majoriti rakyat Malaysia yang sedang menekannya turun sedangkan di belakangnya adalah kawan-kawan Yahudi dan Nasaranya yang sedang menolaknya naik di mana daripada mereka ini dia sedang mendapat petunjuk-petunjuk”.GuruBashid

















3 users commented in " Anwar Ibrahim Sudah Jauh Terlanjur "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackTOLONG JANGAN GUNA TITLE GURU TU LA. ANDA TAK LAYAK!
Anda belum bertaraf guru..terbukti Anwar menang besar
Anwar Ibrahim is bigger than PKR. Lim Kit Siang doesn’t have to do anything because DSAI is doing everything for him.
Leave A Reply