Sah, calon PAS yang bertanding di kawasan Parlimen Bukit Gantang pada 7 April nanti hanyalah seorang wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang.

Dakwaan PAS sebelum ini bahawa Menteri Besar mereka yang akan bertanding di kawasan itu tidak menjadi kenyataan apabila dalam borang penamaan calon berkenaan jelas tercatat nama pekerjaan calon dari PAS itu sebagai ADUN Pasir Panjang.

Berpandukan maklumat yang tercatat dalam borang tersebut jelas PAS kini mengiktiraf bahawa hanya ada seorang Menteri Besar Perak sekarang, iaitu Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Selepas ini tiada sesiapa lagi boleh mendakwa, termasuk Ir Nizar sendiri bahawa Nizar bin Jamaluddin masih seorang Menteri Besar.

Catatan nama pekerjaan seperti yang tertulis dalam borang penamaan calon itu bukan sahaja mengesahkan semua ini tetapi juga mempunyai implikasi undang-undang dan terpakai dalam mana-mana mahkamah.

GuruBashid