” PAS ingin memisahkan Melayu daripada Islam sedangkan UMNO memperjuangkan kedua-duanya ” GuruBashid
Dari Perspektif GuruBashid
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Apr | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
7 users commented in " UMNO vs PAS "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksiapa yang banyak menyeleweng ?
Jawapannya ada pada individu seperti Nik Aziz. Jika anda seperti dia jawapan pun mungkin ada pada anda
manusia yg bijak menilai ialah manusia yang menilai &mendengar pendapat daripada kedua-dua belah pihak….bukannya hanya menuding jari pada satu belah pihak sahaja…
Sesungguhnya anda menolak media utama seperti Utusan Malaysia sedangkan saya membaca kedua-duanya sekali. Inilah beza anda dengan saya.
Pengunjung Budiman, apa guna baca dua2 belah pihak sedangkan anda membaca pihak sebelah anda pun anda tak paham.
Mmg betul kata Guru Bashid, PAS memisahkan Melayu daripada Islam.
Maksudnya di sini bukan lah menarik melayu keluar daripada Islam tetapi menarik keluar perjuangan melayu dan hanya memperjuangkan Islam… atas alasan dalam Islam tidak ada pejuangan bangsa.
Konsepnya mcm ni la…
Kita ada rumah dan kita semestinya mempertahankan rumah kita daripada dicerobohi apetah lagi dirampas. Di sini tak timbul isu kaum ke, agama ke yang penting nak pertahankan rumah kita.
So sama lah jugak Malaysia yang dimiliki oleh orang asli, orang melayu, bumiputera sabah dan sarawak perlu dipertahankan hak miliknya.
Respon GuruBashid:
Terima kasih sdr Faezil. Inilah masalahnya apabila berhadapan dengan mereka. Mereka tidak dicampakkan pengetahuan ta’wil dan kefaqihan dalam beragama. Pada masa yang sama mereka direzekikan kefahaman kecuali luaran sahaja.Itu pun sangat sedikit. Tetapi mereka berkeras mengatakan mereka lebih faham tentang agama
NANTI DI AKHIRAT ALLAH TIDAK TANYA APAKAH BANGSA KAMU?
GuruBashid:
Memang benar, sebab itu Tuhan menugaskan malaikat munkar dan nankir untuk bertanya Siapakah pula saudara-saudara kamu? Bagaimanakah kita hendak menjawabnya jika kita melarikan diri daripada saudara-saudara se-Islam dengan kita, tidak bersetuju dengan seruan ke arah perpaduan sambil lantang mengadu domba dan memaki hamun sesama saudara?-GuruBashid
assalamualaikum…
sya seorang gadis yg lepasan spm..n tak lama lagi saya akan mengikuti plihan raya…sya tidak menyokong mana -mana pihak..dulu saya agak konpius untuk memilih parti di malaysia…stelah saya kaji dan selidik gaya pemikiran antara ahli umno dan ahli pas…saya dah dapat membezakan antara kaca dan permata…
segala komen yg cikgu berikan kpd pengunjung laman web ni..cikgu membalasnya dgn jawapan yg tidak masuk diakal dan tidak menepati jwapan yg di mahukan oleh para pengunjung di cni..maksud saya bkan untuk menyebelahi mana2 parti..sbb saya baru menyeburi diri dalam hal spt ini..saya pnh terbaca dlm salah stu pengunjung cgu yg bernama pengunjung budiman…dia bercakap mengenai mengapa pas yg membantah sekerasnya membubarkan ISA ..dan jawapan cikgu ialah kerana pas yg yg sayangkan ISA dan terlalu menginginkannya…saya rasa bodoh apabila membaca komen spt itu..klu cikgu terlalu taksub dan sayangkan umno…knapa cikgu tidak membuat memorandum utk membubarkan umno…ad juga satu komen drpd cikgu yg bertentangan pendapat dgn ajaran islam…syurga adalah rasuah dalam agama..dan cikgu suka menghina para ulamak..apa yg saya belajar selma ini..ulama ialah waris nabi..segala ajaran ulama ialah ajaran yg di bawa oleh nabi muhamad..kalau cikgu menghina nabi bereerti cikgu menghina nabi muhamad…apa ajaran yg cikgu cuba sampaikan kpd kami??…
apa yg saya lihat menerusi laman blog ini..umno yg cuba cikgu pertahankan disebabkan sejarah silam umno yg berjaya memerdekakan rakyat menerusi perjanjian…bg saya idea itu tidak boleh digunapakai untuk pemerintahan zaman ini…
pemerintahan dulu tidak sama dgn cara pemerintahan yg dibawa oleh umno…buktinya
wujudnya islam hadhari…entah mana asal usulnya…ohh lupa saya…mungkin disebabkan oleh mereka menolak hukum hudud..sbb itulah mereka membuat agama islam yg baharu…
camnilah cikgu…saya masih menuggu satu lagi jawapan yg bersih drpd cikgu untuj membuktikan kebersihan umno dalam berpolitik…dgn
memberikan hujahan mengenai kebaikan umno dan keburukan umno SEKARANG INI!!dan kebaikan pas serta keburukan pas terhadap malaysia SEKARANG INI…
segala koman dan hujah cikgu mestilah mempunyai bukti yang benar dan mengikut hal politik semasa[bukan berdasarkan politik pada zaman sebelum merdeka]… jika jawapan tersebut menepati kemahuan saya..saya akan sentiasa mendengar komen &mengujungi blog ini..jika sebaliknya saya tidak akan membuka blog ini sama sekali..
dan saya percaya bahwa cikgu akan diherdik oleh ramai org diluar sana apabila membuka laman blog cikgu..
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman GuruBashid dan menghamburkan serpihan di permukaannya.Untuk makluman sdri blog ini dihadirkan bukan dengan tujuan menggembirakan ramai orang, dan bukan juga untuk “menggertap” geraham sebahagian pembacanya tetapi sekadar mengupas apa yang pemilik blog fikirkan penting untuk menjadi renungan pembaca. Ketika pengikut UMNO dikaitkan dengan si kafir dan ahlun nar dan ahli PAS pula dikatakan lebih mendekati syurga ketika inilah blog ini diketengahkan. Jadi pemilik blog sudah sedar tentang apa yang bakal berlaku dan bersedia dengan apa sahaja herdikan dan tamparan. Adalah mudah bagi penulis untuk kekal dengan penulisan pendidikan sahaja, tetapi untuk tujuan pembetulan ke atas pemahaman dan pegangan sebahagian rakyat Malaysia tentang politik pemilik blog dan juga penulisnya mengambil keputusan untuk menyemarakkan penulisan bentuk sosio-politik.
salam….
bila la tuan guru seorang ni nak sedar ek….. x pe lah.. kami sentiasa mendoakan supaya tuan guru dapat hidayah dan petunjuk yang sebenar-benarnya… kalau tuan guru rasa dah dapat petunjuk… terpulanglah…. harap selepas ini hati tuan guru akan lebih terbuka untuk menerima keadaan yang sebenarnya…
satu kerugian yang besar kepada negara kerana tuan guru tersalah pilih perjuangan…..
GuruBashid:
Mudah-mudahan saya dan anda menjadi orang Islam yang baik dan memberi manfaat kepada yang lain. Mudah-mudahan kita dikurniakan kefaqihan dalam beragama dan kefahaman para nabi.
Leave A Reply