1 Jika sebulan terlalu cepat, dan dua tahun terlalu lewat, tempoh 100 hari dikira berpatutan untuk Ketua Menteri Sarawak sekarang memperlengkapkan persiapan kabinet negeri sebelum menyerahkan kepimpinan negeri kepada orang lain.
2 Tempoh 3 bulan 10 hari ini dikira mencukupi untuk Ketua Menteri Sarawak itu bagi memudahkan Perdana Menteri Malaysia melagang agenda seterusnya bagi membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
3 Keputusan yang diambil ini penting untuk Malaysia seluruhnya dan untuk BN. Lebih lama masa yang diambil oleh Taib Mahmud lebih menyukarkan Perdana Menteri selaku pengerusi Barisan Nasional melagang tindakan, dan lebih meruap rasa kebimbangan pendokong tulen Barisan Nasional.
4 Jika Najib berupaya membawa kerajaan BN bangkit dengan cepat selepas apa yang dialami oleh BN dalam PRU ke-12, tiada sebab untuk Ketua Menteri itu gagal bersedia lebih cepat untuk penyerahan kuasa itu.
Catatan GuruBashid











No user commented in " 100 Hari Adalah Masa Yang Paling Sesuai Sebelum Peralihan Kuasa Di Sarawak "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply