1 Apabila saya menempah semangkuk tom yam campur saya ingin menikmati bukan sahaja keenakan kuahnya, tetapi juga isi di dalamnya..
2 Isi yang saya maksudkan ialah hirisan ayam, udang dan sotong. Atau sayur-sayuran yang boleh dimakan seperti kobis bunga putih, kobis bunga hijau, cendawan , putik jagung. dan kacang sepat.
3 Tetapi hal ini selalu sahaja mengecewakan saya. Terlalu banyak bahan berserabut (jika boleh dimakan tak mengapa) dalam kuah tom yam sehingga saya terpaksa menyisihkannya terlebih dahulu untuk mencari isinya.
4 Punyalah jenuh mencari hirisan ayam, udang, sotong, di bawah timbunan beberapa batang serai, potongan bawang besar dan daun limau purut yang tidak boleh dimakan.
5 Pernah sayur-sayuran yang saya sebutkan tadi hampir-hampir tidak wujud, kecuali beberapa batang serai yang berserabut diketuk dan beberapa helai daun limau purut. Lauk pauknya pun boleh dibilang dengan jari macam tak mahu bagi kami makan.
6 Kedekut pada tahap gaban.rupa-rupanya taukeh gerai ini, mahu menjamu saya serai bukannya hirisan ayam, sotong, udang dan sayur-sayuran di dalamnya.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Tom Yam Yang Mengecewakan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply