1 AL-Hamdulillah, telah ditakdirkan Allah azzawajalla yang blog GuruBashid pada hari ini mencapai tahap kedudukannya yang tertinggi.
2 Lebih menggembirakan saya ialah blog ini cukup mesra enjin carian terutama Google dan Yahoo.
3 Dengan menulis frasa ‘panduan guru’ sebagai contoh, blog ini akan berjaya diakses pada kedudukan di tempat yang pertama.
4 Blog yang menggunakan dua kata kunci utama iaitu guru sebagai tanda penghormatan kepada guru-guru yang pernah membimbing saya dan bashid sebagai penghargaan kepada bapa yang menamakan saya dengan nama Abd Bashid nampaknya sentiasa dilayari pada setiap masa.
5 Saya turut bersyukur kerana dapat menulis secara konsisten sehingga berjaya menghasilkan 625 posting sejak ia diluncurkan pada Julai 2007.
6 Malahan ada yang memetiknya semula untuk dimuatkan sebagai artikel, kertas pembentangan, blog, kertas kerja, syarahan dan tesis. Tak mengapa, asalkan apa jua yang ambil daripadanya hendaklah dikekalkan nama penulis asal dan sumbernya.
7 Atas apa jua cara anda datang dan bagaimana cara anda melayan blog ini saya tetap berbangga dengan anda sebab tanpa kehadiran anda blog ini tidak akan sampai ke tahap yang ada sekarang.
8 Saya akan cuba menyiarkan semua komen yang diberikan selagi ia tidak menjejaskan keamanan negara dan ketenteraman awam dan tidak menyalahi perlembagaan negara.
9 Saya hampir tidak peduli kata-kata kesat, kemarahan dan tuduhan ke atas saya melalui komen yang ditulis sebab dengan cara itu saya belajar untuk bersabar dan pada masa yang sama lebih mempelajari tentang diri anda, diri saya serta pelbagai warna manusia dan kehidupan yang membentuknya.
10 Namun jika ada pembaca yang menghentam orang lain terutama pemimpin negara, kerajaan dan parti saya, saya memohon maaf saya tidak dapat menyiarkannya.
11 Saya boleh bertahan untuk diri saya sendiri tetapi saya agak kurang sabar jika kerajaan di mana saya bekerja dengannya di mana gaji saya dibayar olehnya dihentam dan diburukkan sebegitu rupa.
12 Cuma jika ada kekesalan di hati saya ialah apabila terdapat beberapa artikel saya hilang daripada blog ini dan tidak dapat dikesan.
13 Akhir kalam, semoga saya dan anda semua dalam rahmat Allah. Semoga 1Malaysia kekal aman di bawah kerajaan yang diterajui BN dengan UMNO sebagai pemangkin yang telah teruji nilai bandingnya.
Salam hormat daripada saya, GuruBashid seisi keluarga











No user commented in " TERIMA KASIH KEPADA SEMUA "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply