1 Semasa saya di Kolej Islam Kelang dahulu seorang ustaz yang mengajar saya pernah memberitahu saya bahawa kita boleh berbohong dalam beberapa perkara. Wah betapa terbukanya agama Islam itu. Siapa kata agama Islam itu rigid dan mengongkong?
2 Saya terlupa yang lain-lainnya. Tetapi yang satu ini saya masih ingat. Kita boleh berbohong kepada orang lain mengenai suami dan isteri kita. Harus kata ustaz itu kita berbohong dalam perkara yang satu ini demi menjaga nama baik isteri atau suami kita.
3 Ustaz itu tidak pula menyatakan sumber rujukannya, ayat al-Quran atau Hadith. Tetapi sehingga sekarang saya percaya yang kata-kata ustaz itu ada sandarannya.
4 Jadi kalau ditakdirkan Wan Azizah pernah berbohong atau akan berbohong demi menjaga maruah suaminya, saya kira itu tidak salah jika kata-kata Ustaz saya itu menjadi sandaran.
5 Sama ada Wan Azizah pernah mendengar hukum mengenainya, itu saya kurang pasti. Tetapi sebagai isteri, dia memang berjaya membuktikan sehingga ke hari ini bahawa dia begitu setia kepada suaminya.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Siapakah Isteri Paling Setia Di Malaysia? "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply