1. Mereka ingin datang ke rumah saya meskipun sebelum ini mereka pernah memarahi saya. Lebih teruk lagi mereka pernah meludah ke arah rumah ini sebelum meninggalkannya.
2. Kali ini mereka datang lagi. Kedatangan mereka kali ini bukan untuk bertanya khabar saya atau memohon maaf tetapi ingin bertanya beberapa soalan.
3. Yang peliknya mereka sudah ada jawapan terhadap soalan-soalan mereka. Apabila jawapan saya tidak kena dengan selera mereka, mereka pun menempelak saya konon-kononnya saya tidak memahami Islam, tidak memahami Qur’an dan tidak hormat Tok Guru.
4. Mereka jenis ini memusuhi individu seperti saya sebagaimana mereka membenci kerajaan dan UMNO. Tetapi secara curi-curi mereka mahu masuk juga ke blog ini lalu curi-curi membacanya.Mereka mahu tetapi malu.
5. Mereka jenis ini juga sangat membenci akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian serta RTM dan TV3 lalu mengajak orang ramai memulau media-media ini namun dalam diam-diam mereka hampir ketagihan untuk mendekati media seperti ini. Mereka benci tetapi rindu.
6. Jiwa mereka resah kalau tak membaca tentang kita. Mereka mendapat ilham untuk membelasah kita setelah mereka membaca akhbar dan blog kita.
7. Sebabnya, tanpa membaca akhbar, blog dan menonton TV kita mereka tidak tahu tentang kita, dan apabila mereka tidak tahu tentang kita, bagaimana mereka mahu bercakap tentang kita.
8. Mereka sebenarnya masih teraba-raba tentang apa yang sebenarnya mereka inginkan dalam hidup ini. Apabila orang lain memarahi kerajaan mereka pun marahkan kerajaan. Apabila orang bercakap tentang Islam, mereka pun bercakap mengenainya.
9. Tetapi sebenarnya sebahagian besar daripada mereka hanya ikut-ikutan. Pengetahuan mereka tentang kita setakat apa yang orang lain beritahu kepada mereka.
10. Realitinya mereka tak lebih daripada pak turut yang sentiasa berpaut pada jubah tok guru sedangkan mata mereka sendiri ditutup rapat.
GuruBashid











6 users commented in " Pura-Pura Baik Konon "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback” Baru saja saya cakap, kan mereka datang lagi ” GuruBashid
cikgu hanya membuat persepsi jahil ttg agama,inilah dia satu lagi yg dikatakan rollmodel utk islam moderate,yg menyokong hadhari membabi buta,berhujah dgn isu remeh,walaupunjahil dihati jgn smpai keluar dan dikatakan mempertikaikan pakaian tok guru,itu ini kepada orang yg Allah utus,dan diterima masyarakat,kecuali golongan penyokong yg menyokong membuta tuli spt cikgu…
Begitulah cikgu, nampaknya keeh begitu bodoh sekali, tapi dia pun nak baca juga, kalau tak baca tak tau, kan ‘pengikut cerminan pemimpinnya’
dia tak paham pragmatik la cikgu.. sengal btol.. takpe.. teruskan menulis..
Kan saya dah kata UMNO dan BN yang terbaik.Semua guru sebagai penjawat awam patut memahami wa’ad dan bai’ah dengan kerajaan semasa yang membayar gaji mereka
kita semakin menghampiri nafas² terakhir..& dgn itulah juga bermula nya segala fitnah. Siapa kita utk menilai kealiman & keimanan seseorg itu?adakah dgn pemakaian jubah & kekhilafan yg terzahir..maka kita bingkas menuding jari & memperlekeh peribadi & perjuangannya?bila berbicara tentang agama, dituduh kita sebg ekstremis/pelampau & anti-kerajaan. Bila berbicara tentang hudud, dijulang bangga hukum buatan manusia..merdekakah kita dgn pemikiran jumud seperti ini?sejauh mana pun perjuangan politik bangsa kita..penyatuan & titik terakhirnya pasti berakhir dgn kemenangan di jalan Allah..bersediakah kita utk berkorban di atas kalimahNya?
sampai sekarang cikgu pun masih tak faham kuasa eksekutif … kena belajar pengajian am tingfkatan 6…. kita digaji oleh siapa… bukan umnolah… kita penjawat awam.. umno jatohhhhh… kita masih penjawat awam tau… tak kena berhentipun kalau pas atau umnu atai dap atau pkr yang menang…
Leave A Reply