Sahabat-sahabat bertanya siapa yang akan mengungguli Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Bagi saya yang sepatutnya menang dalam pilihanraya kecil itu ialah yang terbaik antara dua parti yang bertanding, tetapi apabila kedua-duanya dilihat lebih kurang sama, pengundi hampir tidak peduli siapa yang akan mereka pilih. Yang satu sering kali dimomokkan dengan politik wang dan yang satu lagi menghadapi pertuduhan liwat. Jika kedua-duanya dilihat hampir serupa, pengundi hanya akan memilih siapa yang dapat menjanjikan yang terbaik untuk mereka. Jika trend berfikir seperti ini menjadi perhitungan ternyata senario politik Malaysia selepas pilihanraya kecil itu akan berubah di mana orang tidak lagi memikirkan kualiti calon yang bertanding dan apa akan jadi kepada negara selepas itu. Yang penting pihak yang tidak disukai akan dihukum semahu-mahunya. Jika pengundi yang membenci Anwar lebih ramai keluar mengundi ketimbang yang membenci UMNO, UMNO akan keluar sebagai pemenang; dan jika sebaliknya yang berlaku, Anwar akan menang. Jika trend berfikir seperti ini benar-benar berlaku Malaysia akan terdedah kepada bahaya dalam jangka panjang di mana faktor kebencian yang lebih diutamakan daripada apa yang boleh disumbangkan untuk rakyat dan negara”.GuruBashid

# Baca rencana bertajuk Berubah atau ‘musnah’ (Mingguan Malaysia,10/8/2008)

# Baca juga rencana bertajuk Rasuah politik boleh menghancurkan parti (Mingguan Malaysia, 10/8/2008)