SAYA cukup bimbang akan bahaya fitnah daripada golongan yang mengaku alim dalam bidang agama.Lebih menakutkan saya jika si alim itu lebih condong kepada politik kepartian sehingga tidak nampak lagi akan kebenaran. Mereka seolah-olah cenderung untuk menghindari satu tanggungjawab agama kerana mahu menunaikan satu lagi tanggungjawab agama dengan menggunakan alasan agama. Mutakhir ini saya dapat melihat kecenderungan baru ini di kalangan mereka. Mereka mengambil sikap untuk mendiamkan diri atas alasan untuk menjaga hati kawan atau terus menyokong tanpa bantahan sekalipun itu jelas bertentangan dengan agama. Apabila berlaku pertembungan antara faktor politik kepartian dan agama, mereka lebih cenderung untuk mempertahankan politik ketimbang agama. Tetapi yang anehnya mereka masih boleh menggunakan alasan agama. Inilah yang paling menakutkan saya.Mereka turut taajjub dengan doa-doa mereka.Mereka melihat do’a mereka (makhluk) memberi bekas kepada usaha-usaha mereka.Konon-kononnya Tuhan mendengar do’a mereka dan sedang memakbulkannya.Mereka menjadi begitu angkuh selepas ujian kemenangan itu.Mereka hanya melihat do’a mereka, bukan Tuhan yang mendahului do’a itu.Sesungguhnya Allah tidak tertakluk pada do’a manusia. Kita tak boleh memaksa do’a makhluk kepada Khaliq. Tuhan bukan berong kepada sesiapa. Tuhan berkuasa ke atas segala sesuatu; dan apabila Dia menunjukkan kekuasaan-Nya, Dia memang Maha Berkuasa dan Pengetahuan-Nya meliputi dan tidak terbatas. Do’a kita tidak dapat membeli-Nya dan kita sampai kapan pun “Tidak Boleh Mengambil Alih Kerja Tuhan“.Jangan membuat sangkaan tentang do’a kita, apatah lagi sangkaan kepada Allah.Itu sombong namanya.Pakaian kesombongan yang disarung oleh syaitan pada tubuh si alim di depan Tuhan mereka sedangkan si alim tidak pernah menyedarinya. Si alim itu suatu ketika dahulu begitu kuat menentang semua itu, tetapi kini apa yang ditentang itu sedikit demi sedikit menjadi pakaian mereka.” GuruBashid