Jika kamu tewas itu sudah menjadi takdir kamu, tetapi jika kamu berpaling tadah daripada perjuangan ini kamu akan kami habisi dengan senjata kami.Dan jika itu menjadi kesudahan bagi kamu, kami akan melakukannya dengan penuh halus sampai tak seorang pun yang akan terkesan dan menyedari. Kami sudah berpengalaman melakukannya ke atas beberapa orang tokoh sebelum kamu, sebab itu bukan terlalu payah bagi kami untuk melaksanakannya ke atas kamu. Kami sudah menghabiskan banyak wang dan masa untuk kamu.Suatu jumlah yang melebihi daripada harga negara kamu. Apa sahaja yang kamu minta kami beri. Yang penting seperti yang kamu janjikan kepada kami, wajib kamu kotakan. Kami mengharapkan kelicikan di pihak kamu dengan bantuan dana dan strategi daripada kami.Kami percaya yang kamu mampu melakukannya seperti yang kamu janjikan dengan kami. Kamu pernah tersilap langkah sehingga nama kaum kami diaibkan. Kami sedia memaafkan kamu dan memberi peluang kedua kepada kamu.Tetapi jika kamu tersilap langkah lagi, peluang sudah tertutup untuk kamu.Apa yang pernah kami berikan untuk kamu sudah menjadi hutang kamu ke atas kami. Jika sebuah negara kamu gagal kuasai,sedangkan harga untuknya sudah kamu ambil, kamu sesungguhnya begitu mendukakan kami. Sebelum lebih banyak hutang kamu ke atas kami, sedangkan kamu sudah tidak dapat memberi apa-apa harapan lagi ke atas kami, kami tiada pilihan lagi ke atas kamu, kecuali mati. Kamu pun telah tahu itu apabila kamu bersedia berjanji dengan kami. Ini bukan hukuman ke atas kamu, tetapi ini janji suci antara kami dengan kamu.Selepas kamu mati kami bersedia melunaskan hutang-hutang kamu itu sambil menunggu lahirnya individu seperti kamu lagi.