Pembangkang tidak pernah sepakat walaupun menamakan diri mereka pakatan, tetapi dalam hal yang satu ini mereka benar-benar sepakat iaitu memaksa kerajaan menjadi seperti mereka dengan membuat keputusan dalam keadaan marah-GuruBashid
Dari Perspektif GuruBashid
Pembangkang tidak pernah sepakat walaupun menamakan diri mereka pakatan, tetapi dalam hal yang satu ini mereka benar-benar sepakat iaitu memaksa kerajaan menjadi seperti mereka dengan membuat keputusan dalam keadaan marah-GuruBashid
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Apr | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
6 users commented in " Pengamatan Guru Terhadap Pembangkang "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksalam ziarah GB,
pembangkang dilihat sdg membawa negara ke era kemelesetan dan kegagalan.mereka juga sdg melemahkan kuasa melayu dan islam.permainan mereka sgt halus dan orang2 melayu masih ramai yg just nak ckit kuasa,tak kisah dan taknak ambil tahu masa depan negara tercinta ini.malah ade melayu yg sedang bersekongkol untuk mensamaratakan pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin.sedihnya episod2 semasa dan episod2 yg sedang mendatang.tq
pemimpin-pemimpin dahulu mungkin boleh disama ertikan dengan pahlawan negara…tapi bukan pemimpin zaman sekarang..mereka dari pandangan saya cuma sekumpulan puak yang sanggup buat ape sahaja untuk mendapatkan jawatan yang mereka idamkan…ISA yang ditubuhkan cuma untuk menutupkan kesalahan yang mereka lakukan dengan mengurung orang yang tidak bersalah…
cthnye sivakumar,anuar ibrahim &ramai lagi yang dikurung..apa salah mereka terhadap pembangunan negara????….
Anda menghentam ISA tetapi contoh-contoh yang anda berikan itu memang dikehendaki ISA dan ISA sangat sesuai untuk mereka. Anda mungkin melihat mereka sebagai hero kerana mereka itu membela kesalahan anda, tetapi majoriti rakyat yang matang dan berpandangan jauh melihat mereka sebagai pengkhianat bangsa dan negara
ISA sebenarnya berfungsi untuk mematangkan pembangkang.
Nak membangkang tak salah tapi cuba lihat kelakuan pesalah2 ISA ? Adakah tindakan mereka betul ? Mengajak orang ramai merusuh, emmbuat huru hara. membuat kacau
Mungkin ada yang berkata, ala… yg huru hara tu polis, FRU tapi kalau polis tak halang, takde yang kena ISA, tak mustahil tragedi 13 Mei berulang.
Mungkin kebanyakan rakyat tak pernah tahu apa itu keganasan kerana tak mengalami zaman jepun dan komunis.
Tapi kita boleh belajar dan ambil teladan daripada dunia luar di mana keganasan, rusuhan, demonstrasi takkan membawa hasil yang lumayan
WAHAI GURU BASHID YANG BUDIMAN….. BILAKAH HATI ANDA AKAN TERBUKA DENGAN HIDAYAH ALLAH…….
TIDAK SEDARKAH ANDA TELAH DIBUAI DENGAN WANG RINGGIT DAN JAWATAN….
ANDA ADALAH KAKI PENGAMPU KERAJAAN YANG NI 1… MANA SIKONGAN YANG TIDAK TERBELAH BAGI ANDA KPD PM TERDAHULU…MANA ISLAM HADHARI YANG ANDA AGUNGKAN… DAH TENGGELAM DENGAN 1 MALAYSIA..? SEKARANG ANDA MAK BODEK PM BARU PULAK…SILA LAHHH….
GuruBashid:
Mana-mana PM atau Menteri tidak mengenali saya. Tetapi bukanlah syarat dikenali oleh pemimpin baru kita berjuang. Perjuangan saya bukan kerana seseorang atau wang ringgit. Tetapi saya mengenali mereka sebagai manusia pilihan bukan sahaja oleh rakyat, tetapi juga Tuhan. Jika mereka sudah ditakdirkan berada di situ, tak siapa yang boleh menghalangnya. Ada orang yang melakukan berbagai-bagai cara untuk mendapat kerusi nombor 1 itu tetapi jika Tuhan mengatakan TIDAK! tak siapa pun boleh ambil alih kerja-Nya. Kita boleh berdo’a tetapi Tuhan bukan hamba kita yang boleh dipaksa dan diasak dengan do’a makhluk.Saya menghormati sesiapa sahaja yang menjadi PM saya sejak Tunku Abdul Rahman lagi. Tunku Abdul Rahman adalah pengasas Malaysia yang merdeka. Tun Abdul Razak sebagai bapa pembangunan negara, Tun Husin Onn pula sebagai Bapa Perpaduan, Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Pemodenan dan Tun Abdullah pula telah membuka ruang yang meluas kepada amalan demokrasi di Malaysia serta mencetuskan pendekatan Islam Hadhari. Kesilapan yang mereka lakukan hanyalah kerana mereka manusia dan bukan dengan niat sengaja untuk merosakkan. Jika ada pun tidaklah sampai mencacatkan Malaysia yang tercinta. Negara terus menikmati keamanan dan kemakmuran di bawah pimpinan BN.Apalah yang boleh saya berikan kepada negara ini kecuali berterima kasih kepada mereka yang berjasa dan bersyukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang diberi.
Tidak benar meletakan label tersebut kepada semua orang termasuk guru. Tugas dan tanggung jawab kami ialah mendidik anak bangsa tak kira siapapun yang memegang tampuk kerajaan. Soal taksub kepada kepimpinan bukan satu budaya yang baik. Apapun bersederhanalah dari segi fikiran dan perasaaan . Setiap insan dianugerahkan iman dan akal. Buatlah pertimbangan yang baik dan mengikut kehendak yang selari dengan agama Islam. Mana yang baik kita terima , mana yang tidak baik kita tolak. Hidup di dunia ni pun bukannya menongkat langit. Mati nanti kita bawa kain putih dan amalan bukannnya ideologi politik yang kita taksubkan.Politik sekadar kita hidup dalam masyarakat. Namun semua pemimpin politik perlu betulkan niat merekalah.Jangan nampak ok tapi dalam hati perut masya Allah hanya Allah yang tahu
Leave A Reply