Pengawal keselamatan di sekolah memberitahu saya dia kerap bertembung dengan hantu semasa membuat rondaan. Asalkan dia tidak mengganggu anda biarkan sahaja, nasihat saya kepadanya. Cerita tentang hantu ini tidak pernah tamat sejak zaman dahulu hinggalah sekarang. Orang Melayu khususnya yang tinggal di luar bandar masih percaya kepada hantu.Walaupun majoritinya tidak pernah melihat hantu, mereka masih percaya bahawa hantu itu wujud.Malahan sebahagiannya percaya lebih kuat daripada sebahagian yang lain. Di kalangan orang Melayu mereka mempunyai begitu banyak nama hantu.Yang lebih mengagumkan mereka cukup kreatif dalam memberikan nama-nama hantu ini.Yang asalnya iblis, syaitan dan jin telah mendapat nama-nama baru antaranya langsuir, toyol, hantu raya, jembalang, mambang, polong, bunian, pontianak dan banyak lagi. Walaupun sekarang zaman moden, dan orang sudah cuba menggantikan topik perbincangan kepada sains dan teknologi, internet dan cyber cafe, namun cerita-cerita hantu dan seram masih mendapat tempat di hati orang Melayu. Malahan jika ingin mendapat keuntungan, pembikin-pembikin filem dan drama tv patut buat cerita hantu. Oleh kerana kepercayaan ini menebal dalam masyarakat Melayu, banyak penyakit dikaitkan dengan hantu-hantu yang berkeliaran ini.Orang Melayu sangat yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Tetapi bukan doktor sahaja yang mampu mengubatinya.Bomoh, pawang dan dukun juga berkebolehan. Malahan ada penyakit-penyakit tertentu yang tidak dapat disembuhkan oleh doktor akan dirujuk kepada bomoh. Kalau dahulu bomoh dicari walaupun tinggal jauh di ceruk, tetapi zaman sudah berubah, bomoh pun sudah ada klinik atau pusat rawatan sendiri dengan beberapa orang pembantu. Bomoh-bomoh ini menggunakan pelbagai cara untuk merawat penyakit. Umpamanya melalui pengubatan Jarak Jauh (PJJ) yang seakan-akan dengan Pendidikan Jarak jauh (PJJ). Menjadi bomoh, pawang dan dukun jika kena caranya masih boleh mencari makan walaupun dalam dunia moden hari ini.Malahan kadang-kadang pendapatan mereka jauh lebih lumayan daripada doktor yang sebenar.Hakcipta Guru Bashid
















4 users commented in " Orang Melayu Dan Hantu "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackdi indonesia pun banyak macam-macam sebutan untuk hantu sehingga banyak film hantu dibuat tapi sayangnya dengan kualitas yang kurang baik, berbeza sangat dengan film hantu made in hollywood
Minat sesetengah orang terhadap cerita hantu diharapkan tidak menjadikan diri mereka seperti hantu-hantu itu yang tugasnya “mengganggu”. Hantu yang dibina di dalam diri itu lebih bahaya daripada hantu yang berkeliaran itu.
Skrg dalam tv ada byk drama atau film mengenai hantu ini. Yg kejar dan mencarik hantu pun ada. Tp boleh ke kita nie tgk hantu? I think few of us have the so-called 6th sense.. yg bole merasai dan melihat menda ghaib ini… kan?
Ntah la…saya kurang percaya..tp sebenarnye saya penah terkena… hihihihi
Anak saya yang kecil gemar menonton cerita-cerita seram(hantu), tetapi dia yang paling takut dengan hantu.Lucu kan
Leave A Reply