“Anwar tidak lebih penting daripada negara ini dan 27 juta rakyat Malaysia yang lain. Dengan cara-cara yang Anwar lakukan, ketiadaannya jauh lebih baik untuk Malaysia.”GuruBashid
Menyajikan Pelbagai Pandangan Dan Tindakan Strategik Ke Arah Pembentukan Sekolah Bertaraf Dunia-Pegangan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia, Guru-Guru dan Penuntut Perguruan.GuruBashid turut berkongsi idea konstruktif dalam politik dan isu-isu semasa
“Anwar tidak lebih penting daripada negara ini dan 27 juta rakyat Malaysia yang lain. Dengan cara-cara yang Anwar lakukan, ketiadaannya jauh lebih baik untuk Malaysia.”GuruBashid
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid
Mari Buat Duit Dengan Adverlets.Com
"ClickBank Merupakan Lubuk Emas Bagi Sesiapa Yang Berminat Dalam Program Affiliate, Dapatkan Panduan ClickBank Dari Laman Gurubashid.Com: Ingat!! Hanya Dari Link di Bawah Ini!! Bonus Percuma Menanti Anda"

"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid. GuruBashid ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi ia tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua pelajar mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri pelajar itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir seperti dia berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
"A student is the most important client on our school.He/She is not dependent on us. We are dependent on Him/Her. He/She is not an interruption to our work. He/She is the purposes of it. He/She is not an outsider to our services. He/She is a part of it. We are not doing him/her a favour by serving him/her. He/She doing us a favour by giving us an opportunity to do so"
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Nov | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
6 users commented in " Negara ini Lebih Penting "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAssalamualaikum
Saya pun rasa Anuar bukanlah begitu penting bagi negara kita. Namun, saya tidak pernah didedahkan dgn bukti sahih yang mengatakan dia tu agen Amerika. Yg saya tahu selain dpd berkawan ngan amerika, ngn ulama’ pun dia kawan. Malah dia byk minta pandangan dari ulama’ tersohor (jika nak dibandingkan pemimpin umno yg lain - minta pandangan dpd ustaz2 di jabatan agama pun saya tak pernah dengar!!)
Kalau nak kata Anwar pernah terlibat dgn sodomi, bukti2 yang ada pun orang awam masih boleh pertikaikan. yg menghairankan pihak pemerintah pula seolah-olah yakin anwar bersalah sedangkan perbicaraanpun belum dijalankan. paling malang, ada usaha-usaha utk membuktikan anwar bersalah. Pada saya, jika pihak pemerintah tidak terlibat sama sekali, mereka sepatutnya bersikap berkecuali dan tidak memihak pada mana2 orang sama ada yang menuduh atau yang dituduh. Di sini shj sudah nampak seolah-olah ada sesuatu disebaliknya. Lebih2 menghairankan apabila fakta2 kes 1998 dulu tu sentiasa berubah-ubah seolah-olah diusahakan utk membuktikan anwar memang bersalah!!???
Dan yang menambahkan kesedihan saya ialah, apabila ada orang-orang di pihak pemerintah yang didakwa, pelbagai usaha pula digunakan agar mereka tidak di bawa ke muka pengadilan.
pada saya siapapun, anwar, pak lah, najib, umno, pas, keadilan atau dap; kalau ada yang buat salah mereka mesti dibawa ke muka pengadilan dan diadili secara adil juga.
lagipun, mereka semua tu bukan malaikat yang tak pernah buat salah. bila dilahirkan sebagai manusia, sudah pasti mereka tidak akan lepas daripada LUPA, LALAI dan LEKA.
…sambungan …
sebagai umat islam, kita telah diberi panduan bagaimana untuk berhadapan dengan fitnah-fitnah seperti ini.
Pertama, jika kita tak tahu siapa yang bersalah. kita kena diam. dan kalau kita ada kwn yang cuba tabur fitnah, kita usaha suruh dia diam.
Kedua, jika kita nak tahu siapa yang bersalah, JANGAN cenderung kepada mana-mana pihak. Dapatkan bukti dan fakta2 dari kedua-dua pihak. JANGAN pilih2 bukti dan JANGAN sekat2 saksi dan JANGAN diada-adakan fakta dan akta.
Bukankah dlm Al-Quran sudah menerangkan bahawa kita tidak boleh terlalu menyukai sesuatu kerana ia mungkin tidak baik utk kita … dan … jangan terlalu membenci kerana ia mungkin terbaik utk kita.
Paling utama, jangan menjadi salah satu daripada tanda2 kiamat apabila “terlalu ramai orang yang memperkatakan sesuatu yang dia tidak tahu!!”
Apa2 pun, jika Anwar memang tidak bersalah, saya doakan kejayaan dunia dan akhirat utknya. Dan jika Anwar memang bersalah, didoakan agar ALLAH sekat segala usaha buruknya. Dan saya juga doakan agar pemerintah negara kita kembali menjadikan ulama’ sebagai penasihat dan pemimpin kepada segala apa yang diusahakan agar tidak terpesong dari landasan Islam sebenar dan meletakkan ISLAM PADA TEMPAT YANG SEPATUTNYA DALAM PENTADBIRAN MEREKA … juga tidak memilih-milih Islam mengikut semahu hati mereka shj (dgn kata lain “yg tidak menjejaskan nafsu mereka diambil, yg mengganggu nafsu mereka dibuang ketepi) seperti apa yang berlaku sekarang ini!!
Satu perkara yang perlu kita fikirkan ialah, bukankah dakwaan/ fitnah ke atas anwar datangnya dari musuh politiknya sendiri (dan yang ada kaitan dgnnya)? Boleh percayakah??
Seimbangkah maklumat yg kita dapat tentang kes anwar ni? Bukankah Utusan, BH, TV3, RTM dan seangkatan dgnnya adalah di bwh penguasaan ahli bn dan sentiasa berat sebelah!
Macam mana tarikh dan tempat kes boleh bertukar2? Kenapa DNA baru nak diambil sedangkan rekod lama masih ada dan bukankah makluamt DNA tidak akan berubah sehingga berjuga-juta tahun lamanya? Apakah tujuan di sebaliknya?
Kenapa nampak sangat pemimpin bn menganggap anwar bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula?
saya sebagai rakyat malaysia, berhak tahu semua maklumat ini.
Sempena kemerdekaan negara dari penjajah, saya ambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA! dan MERDEKAKANLAH DIRI KITA DARI SEBARANG BENTUK PENJAJAHAN MINDA walaupun ia datang dari pemimpin yang kita sukai dan cintai sekalipun dan BIARKANLAH KITA MINDA KITA TERJAJAH OLEH ISLAM kerana kita sendiri adalah hamba ALLAH Tuhan Semesta Alam!
Amin … Amin …
saya tertarik dengan komen ulat.. tapi ulat… jagn banyk sanagt masukkan persoalan di dalam minda…
macam mana kita nak tegakkn islam jika kita sendiri bersekutu dengan orang yang terang2 anti islam?
bukankah PAS bersekutu ngn DAP.. dan adakah pas sudah lupa bilama mana mengatakan ahli2 umno berdosa kerana berpakat ngn MCA ngn MIC dulu?
kenapa pendirian PAS tidak tetap?
cuba fikir baik2….. PAS yang ingin tegakkan islam, tapi terpksa begabung dengn pasti yang terang2 anti islam dan bumiputera (kebanyakannya islam).. ditambah pula dengan PKR yang sentiasa berubah2 pemikiran parti mereka?
adakah mereka sebenrnya kemaruk hendak jatuhkan BN sahaja, ataupun nk tegakkan islam?
Ingat, PAS dah diberi peluang oleh Allah untk memerintah Kedah ngn Perak, tapi yang peliknya, di kelantan arak dan judi boleh diharamkan, tetepi di kedah ngn perak x diharamkan. kedai2 arak x perlulah dijelaskan?
x kan lah islam dekat kelantan sahaja? kelantan majoriti 99% melayu… perak ngn kedah bukan begitu? adakah PAS takut dengan CINA?
itu lagi banyk persoalan jika dikaitakn dengn perosaln tentang seseorang individu sahaja? ANWAR..
cara penyampaian islam yang diajarkan oleh Rasulullah adalah dengan HIKMAH.
segala tindakan “kita” perlulah berhikmah dengan memikirkan SURVIVAL DA’WAH terutamanya kepada NON-MUSLIM
adakah Rasul memulakan da’wah dengan akidah, ataupun syariah??
Setuju dengan Nemo, Rasulullah mulakan da’wah dengan betulkan aqidah. Di Malaysia sekarang ni, bukan orang DAP saja yang anti negara Islam, MCA, MIC malah UMNO pun sama.
Kekeliruan tentang negara Islam yang diwar-warkan UMNO menyebabkan bukan saja orang kafir malah orang Islam sendiri pun ramai yang kurang menyokong dan tak yakin dengan pelaksanaan Islam yang menyeluruh. Kenapa? Kerana kurang memahami Islam yang sebenar. UMNO TELAH gagal memberi imej pentadbiran yang Islamik setelah 51 tahun memerintah negara.
Jangan mudah percaya apa yang kita dengar dan kita baca jika sumbernya kurang teguh, percayalah apa kita lihat dengan mata betapa akibat Islam tidak dimahkota, berlaku kerosakan akhlak remaja, keruntuhan institusi keluarga, penjenayah bermaharajalela, rasuah menjadi perkara biasa.
Leave A Reply