Apakah pandangan anda terhadap Anwar Ibrahim?
Dia hidup dengan populariti. Populariti dan hidupnya adalah sinonim. Tanpa populariti dia hampir dilupakan orang. Dia seperti seorang bintang. Jika dia tak dapat dia akan mencarinya. Dia ingin semua orang melihat ke arah dirinya. Sebab itu dia sukakan demonstrasi jalanan, perarakan panjang dan sesak, laungan dan jeritan, pidato berapi-api, dan pembesaran isu-isu.
Apakah pandangan anda terhadap krisis makanan?
Inilah peluang yang diberi kepada kerajaan setelah mereka dihimpit dengan krisis kepimpinan.Rakyat akan melupakan krisis itu dan beralih mempercayai anda semula jika anda berjaya menangani isu ini. Makanan adalah keperluan asas. Nasi yang berpunca daripada beras (padi)adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Jika anda berjaya menjadikan rakyat kenyang dengan usaha anda menangani krisis makanan, percayalah mereka akan berhenti “menjerit” ke arah anda. Tunggulah nanti rakyat akan berkata bahawa kerajaan adalah betul.
Apakah pandangan anda terhadap ISA?
Ada orang yang sangat bijak yang pemikiran dan percakapannya boleh sahaja menyebabkan negara tidak stabil dan terancam kerananya. Orang ini bukan penjenayah yang menggunakan parang dan pistol.Mereka guna mulut dan akal mereka. Bilangan mereka tidak ramai tetapi mereka memaksa majoriti supaya bersetuju dengan mereka. Orang seperti ini merasakan yang mereka sahaja yang betul dan kerajaan salah. Jika kehendak mereka tidak dipenuhi mereka bertindak seperti orang yang kehilangan akal sehingga mengancam keselamatan negara. Bolehkah kerajaan tunduk kepada desakan mereka ini sedangkan majoriti rakyat memerlukan kebijaksanaan dan perhatian kerajaan. ISA sangat sesuai untuk mereka ini.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Anwar, Krisis Makanan dan ISA "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply