Komen Di Blog Tan Sri Muhamad Muhd Taib:
Memang benar. Apa yang kerajaan patut buat atau tidak patut buat sepatutnya tidak ditentukan oleh desakan atau permintaan sesiapa. Kerajaan atas tanggungjawab yang terpikul di pundaknya mesti lebih bijaksana, lebih matang dan mendahului rakyat dalam banyak hal.
http://www.muhammadmuhdtaib.com/2008/buat-salah-tak-buat-salah.html#comment-53
Komen Di Blog Norizan Sharif:
Saya bersetuju dengan saudara. Kita hanya ada sebuah negara sahaja, iaitu Malaysia.
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=44409426242032949&postID=3824874283528678931
Komen Di Blog Dr Mohamad Khir Toyo
Assalamu’alaikum wr wbt.Apa khabar Dr?.Saya berharap Dr sihat di samping isteri dan keluarga.
Tahniah Dr. kerana mengambil inisiatif menghasilkan blog. Blog bukan lagi pilihan tetapi tuntutan.Saya harap lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO menghasilkan blog mereka sendiri. Selain untuk mendapat maklum balas, di sinilah tempatnya mereka melontar idea bernas lagi bitara mengajak orang berfikir tentang pelbagai perkara khususnya yang berkaitan dengan survival umat Melayu dan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu. Blog mengajak manusia berfikir dan menyatu, bukan menyimpang dan menerjang dengan penuh ammarah dan dendam. Saya penuh percaya Dr akan menggunakan kesempatan berblog untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional dan parti UMNO.Yang berlaku biarlah berlalu, dan yang lebih penting adalah langkah dan tindak yang kita atur sekarang dan selepas ini. Percayalah Dr, apa yang berlaku dalam PRU ke-12 yang lalu akan lebih memperkukuh dan memperteguh kesatuan umat Melayu. UMNO tiada pilihan lain lagi selain melakukan penambahbaikan di sana sini dan saya percaya ahlinya tidak akan membawa partinya jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Dalam membantu usaha Dr. saya telah link blog Dr. dengan blog saya Guru Bashid Dot Com. Curi-curilah masa Dr untuk merenung idea-idea politik dan pendidikan yang tidak seberapa daripada saya di http://gurubashid.com/blog. Jika ini permulaan yang lebih baik, marilah sama-sama kita memanfaatkannya.Semoga kita dalam keberkatan-Nya. Amin
Komen di Blog Dr Mahathir Mohamad
Tun,
Saya tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dan hormat saya pada Tun.Rasa kagum itu saya lahirkan dalam bentuk esei yang mengupas caragaya Tun berfikir dan bertindak.Bagi saya beza Tun dengan orang lain ialah bagaimana cara Tun melihat dan menilai.Orang lain melihat seperti juga Tun melihat. Tetapi Tun nampak apa yang dilihat. Orang lain melihat ke arah itu, Tun pula melihat di sebalik itu. Kesannya apa yang Tun nampak, tidak sama dengan apa yang orang lain nampak.Begitulah Tun-satu dan tiada bandingan.
Tahniah Tun.

















No user commented in " Komen-Komen Saya Di Blog Lain "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply