” Nampaknya tahun 2009 diwarnai oleh beberapa individu yang namanya bermula dengan huruf N.Sebelum ini Nizar menjadi subjek saya, kali ini giliran Nik Aziz pula.Saya kira nama yang pertama itu lebih mempengaruhi cara berfikir mursyidul ‘am PAS itu daripada namanya yang kedua itu. Dia mungkin lebih bersedia melupakan Aziznya, tetapi tidak dengan Niknya.Nik Aziz mahu orang ramai melihat ke arahnya sebagai Tuan Guru untuk semua perkara. Bagi saya Nik Aziz boleh sahaja menjadi Tuan Guru tetapi hanya dalam lapangannya. Dia benar sebagai Tuan Guru ketika dia menyampaikan kuliah agama dan membaca kitab. Tetapi dalam hal-hal yang menyangkut masalah duniawi, termasuk dalam siasah dan maslahah ummah dia boleh sahaja tidak dirujuk sama sekali. Alasan saya “bukankah kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”. Sejak akhir-akhir ini Nik Aziz mempunyai kegemaran untuk mengulas semua perkara, jadi tidak mustahil ada perkara yang diulasnya tidak begitu kena. Nik Aziz seolah-olah ingin menyelesaikan masalah Malaysia melalui cara-caranya, tetapi dia sendiri terkekang dalam sempadan dunianya yang kecil yang suasana dan rupa manusia yang wujud di sekelilingnya adalah sama dengan dirinya.Nik Aziz selesa dalam zonnya dan dia berasa selamat dalam zon seperti itu. Tetapi Nik Aziz cuba memberikan ulasan-ulasannya untuk satu Malaysia daripada zon itu. Nik Aziz pada pengamatan saya melihat Malaysia seperti Kelantan yang sedang diperintah olehnya.Saya suka beritahu Nik Aziz bahawa belum tentu orang yang dipilih sebagai Ketua di negeri Kelantan berupaya untuk memerintah Perak apatah lagi untuk satu Malaysia.Jika A yang tersungkur di Kelantan yang akan menggantikannya adalah orang-orang yang tidak jauh bezanya dengan A. Adakah keadaan yang sama akan berlaku di Perak dan kebanyakan negeri di Malaysia? ” GuruBashid















7 users commented in " KERAJAAN PERPADUAN:BAGAIMANA SAYA MELIHAT NIK AZIZ "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackaslkm. saya setuju dengan pendapat tuan.Lebih baik beliau membina negeri dan jemaahnya dulu sebelum memikirkan hal2 yang lebih global.
Respon:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Semoga diri Hafiz dalam peliharaan Allah hendaknya. Tidak salah Nik Aziz berfikiran global pun. Namun masalah kerajaan perpaduan adalah masalah glokal, masalah Malaysia dan ruang lingkupnya. Jika Nik Aziz menyempitkan pendapatnya hingga ke peringkat lokal atau mahu membesarkannya ke peringkat global, tentu dia akan menolak idea ini. Dia harus realisitik dengan melihat kepada keadaan Malaysia sebenar dan betapa untungnya ke atas umat Islam di negara ini jika idea ini menjadi kenyataan
org klate
saya 100% tak setuju dgn tuan thdp TGNA, dia lebih tahu ttg umno drp tuan, ttg sepak trajang politik umno, kalau tuan dok ditempat tok guru sbg MB klate selama hampir 20 tahun, dan PAS hampir separuh hayatnya. dia dah kenal siapa umno yg penuh muslihatnya. umno pada masa tengku mungkin adalah umno yg terbaik perjuangan pada bangsanya. ttp pemimpin selepas itu telah bawa umno jauh dari perjuangan rakyat, skg mrk lebih penting perjuangkan kepentingan mereka.
tuan sbg guru boleh nilai dan tahu sepanjang hidup cikgu.biarlah tuan keja dgn kerajaan, ttp masih menjadi tanggungjawab untuk menegur kerajaan dgn cara yg tersendiri, kalau tak dengar hanya undi kita sebagai tanda kita tidak setuju dgn dasar sekarang, bukan sokong membabi buta saje.
I M Sori
Respon:
Assalamu’alaikum, semoga Allah merahmati seluruh kehidupan saudara. Dalam kehidupan saya baik sebagai guru, ahli parti dan blogger saya tidak pernah menjadi penyokong yang buta dan pengikut yang mati.Niat saya hanya mahu beri yang terbaik kepada murid, agama, bangsa, negara dan parti saya. Sebagai ahli parti saya wajib memberi yang terbaik sahaja ketika mereka memerlukan sokongan saya. Idea saya masih tertakluk kepada kelemahan di sana sini sebab saya masih manusia biasa walau siapa pun saya namun saya sentiasa membimbing diri saya bersangka baik dengan semua orang di samping cuba menggarap idea yang terbaik untuk kebaikan ummah dan negara saya. Jika saudara mahu menghalusi semua tulisan saya, saya cuba padatkan tulisan itu dengan idea dan gagasan agar ia dapat menjadi bahan renungan bagi mereka yang mahu berfikir. Nik Aziz seperti juga manusia lain terdedah kepada kesilapan. Dia memang alim dalam hal-ehwal agama, namun apabila dia cuba menyentuh aspek siasah ummah termasuk pandangannya terhadap kerajaan perpaduan, pendapatnya masih boleh diperbahaskan. Dia berkuasa di Kelantan. Saya respect itu.Tetapi Hadi Awang adalah Presiden PAS untuk Malaysia dan Malaysia itu sekarang ditadbir oleh DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri untuk 1Malaysia.
Sebenarnya beginilah rupa ulama akhir zaman…Hanya jauhari yang mengenal manikam…Intan dan kaca jika dilemparkan ditengah padang…dan terkena suluhan matahari pasti intan dan kaca itu sama kilauannya…jika kita terpilih kaca nescaya kita akan kerugian..kerana tiada nilainya!!!…begitu juga ulamak yang kita hendak jadikan ikuta..jika terpilih “ulama kaca”…beginilah jadinya….
Mereka sudah mengetahui kebenarannya…mereka sembunyikan kebenaran demi kepentingan duniawi…layakkah mereka digelar pejuang agama??…dimanakah “tilikkan mukmin” kita melihat mereka sebagai pejuang agama??…disini ada buktinya….http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html
Respon:
Nampaknya anda memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku. Tak semua orang nampak apa yang dilihat. Apatah lagi jika mata hati sudah dibutakan dengan rasa ketaksuban pada seseorang.
jerit perih memerintah kelantan hanya nik aziz yang ketahui…apa yang umno khianat, duri dalam daging, api dalam sekam menjadikan nik aziz berpatah arang dan berhati-hati dengan tipu helah umno..begitulah ketika trg di bawah pas dahulu…royalti menjadi ihsan…sekolah pada mulanya diberi rm30000 setahun dikawal oleh jpp.. cikgu ternganga..hadiah sekolah dikawal oleh kontraktor..banyak sangat tipu helah..sebab itulah….Allah balas kepada orang yang suka mengkhianat orang lain..tunggulah masa. Saya sayang Malaysia …
Jawapan:
Jika anda sayangkan Malaysia anda tidak boleh melihat dari sudut yang sempit seperti itu. Anda harus melihat apa yang dbuat oleh pemimpin Kelantan ke atas kemajuan negeri Kelantan dan orang Melayu. Saya melihat orang Kelantan masih bergantung kepada kemajuan eknomi di luar negeri Kelantan. Mereka berlumba-lumba keluar dari Kelantan dan mengambil peluang bekerja di Kuala lumpur, Perak, selangor dan lain-lain. Apakah makna ini semua kalau mereka melihat Kelantan bukanlah tempat yang sesuai untuk mencari pendapatan lebih. Peluaang yang mereka ambil dari kemajuan di negeri lain menandakan mereka secara tidak rasminya telah mengiktiraf bahawa negeri-negeri lain lebih maju daripada Kelantan itu sendiri.
asssalamualaikum…..
kepada tuan guru yang di hormati…saya harap taun guru dapat berjumpa terus dengan Tuan Guru Nik Aziz daripada tuan guru bashid berkiblatkan media massa dan cakap-cakap orang sahaja. dengan cara itulah kebenaran akan terserlah……saya rasa tuan guru tidak pernah berhadapan dengan nik Aziz….
Jawapan:
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya adalah orangnya yang tidak pernah berkiblatkan kepada mana-mana media mahupun seseorang. Bukan sahaja Nik Aziz, malahan semua PM Malaysia saya tidak pernah bertemu dan bercakap dengan mereka. Jadi Nik Aziz bukanlah sesuatu yang istimewa bagi saya berbanding yang lain. Namun di sekeliling saya, saya bertemu dengan ramai orang termasuk pemuja dan pengikut Nik Aziz. Saya tidak nampak mereka pengikut yang baik. Mereka sekadar ikut-ikutan. Dari segi pakaian mungkin, dari segi kemahiran lisan mungkin, dari segi menggunakan ayat al-Quran mungkin. Namun dari segi berfikir, membuat tanggapan, memeta masa depan Malaysia dan mengendalaikan urusan duniawi dan segala maslahahnya saya melihat ada orang lain yang lebih baik.
ASSALAMUALAIKUM….. saya di sini ingin mengulas tentang artikel yang berkaitan dengan ulama…. ada pon nik aziz menjadi ulama dan ahli politik, tetapi ilmu nya lebih tinggi berbanding cikgu… sebab saya berkata begini kerana cikgu seperti memerli ulama…. dalam artikel cikgu diatas.. cikgu mengatakan ’sejak akhir2 ini, nik aziz gemar untuk mengulas semua pekara’ adakah itu menjadi salah… saya ingin bertanya… mengapa semasa pemerintahan DS NIZAR , dato harunsani berani menyuarakan bahawa karnival JOM HEBOH di haramkan di negeri perak…. tetapi apa bila DS ZAMBRY memerintah perak dan menganjurkan karnival jom heboh di lumut baru2 ini mengapa ds harunsani menutup mulut? ternyata ulama UMNO berbeza dengan ULAMA PAS….. mereka hanya mementingkan wang dan pangkat… jika cikgu boleh beri kan saya secara detail apa yang dicakap kan tadi… dan kawan saya ingin menyuarakan nasihatnya… ‘lain kali jikalau cikgu ingin menyediakan satu hujah kepada orang lain yang menceritakan suatu fakta atau kenyataan haraplah cikgu mengambil dalil dari al quran dan hadis nabi akhir zaman.. jika cikgu ingin berjumpa saya carilah saya di kelas 3P1 ( ketua kelas) anak kepada YDP PIBG… SEKIAN TERIMA KASIH…..
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt buat Lukman. Semoga Lukman sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan PMR. Terima kasih kerana sudi membaca artikel cikgu dan semoga sedikit sebanyak artikel cikgu ini memberi manfaat kepada orang lain, meskipun tidak buat Lukman. Mengenai masalah yang dibangkitkan oleh Lukman, saya minta Lukman kena bertanya kepada Tuan Guru Harusani sendiri mengapa dia berbuat begitu? Adakah diamnya itu bererti dia bersetuju atau beliau mengambil langkah seorang ulamak yang bersifat hilm dan penuh bijaksana.Pada saya Tuan Guru Harussani bukan ulama’ UMNO atau ulama’ PAS atau ulama’ mewakili mana-mana puak tetapi beliau adalah seorang ulama’ yang mewakili zamannya. Percakapan Tuan Guru Harusani sebagai ulamak tidak pernah berubah sejak dahulu. Oh Lukman anak YDP PIBG rupa-rupanya. Semoga Lukman menjadi anak yang baik yang memenuhi hasrat ayah. Kebetulan Lukman dah kenal dengan laman ini, ajak kawan-kawan Lukman yang lain membaca laman ini. Ajak ayah Lukman sekali. Mungkin mereka pun ingin mengetahui cara berfikir dan gaya penulisan cikgu. Menerima atau tidak menerima bukan cikgu yang tentukan. Cikgu akan terus menulis dan menyatakan pendapat demi kebaikan agama, bangsa dan negara cikgu sekalipun tiada sesiapa memintanya. Cikgu sedar laman ini mengundang ramai pembaca di segenap peringkat, termasuk Menteri-menteri, anak-anak mereka, pembangkang dan lain-lain. Ini memang menjadi hasrat cikgu, agar laman GuruBashid ini terus diakses oleh ramai orang dari seluruh dunia. Tentulah cikgu lebih gembira lagi kalau anak didik di sekolah cikgu sendiri yang turut membacanya. Jangan serik membacanya walaupun Lukman mungkin lebih bersetuju dengan pendapat yang lain. Untuk pengetahuan Lukman ketika cikgu terlibat dalam penulisan sejak di universiti, cikgu tidak pernah mengharapkan orang lain menerima atau menolak pendapat cikgu. Yang cikgu harapkan asalkan ada yang membacanya. Dan apabila mereka sudah membacanya, terpulanglah kepada mereka sama ada untuk menerima atau menolaknya. Cikgu tak rugi apa-apa dengan penolakan itu. Malahan cikgu juga tak untung apa-apa dengan penerimaannya. Jika nak berjumpa cikgu, boleh berjumpa pada bila-bila masa di bilik cikgu.Cikgu mengalu-alukannya
Leave A Reply