Kemerdekaan selalu dikaitkan dengan kebebasan. Tetapi kebebasan di sini masih tertakluk kepada cara yang dibenarkan. Anda tidak boleh melakukan sesuka hati anda hanya atas alasan anda sudah merdeka atau bebas. Selain perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara dan pelbagai jenis undang-undang, anda tentu diikat oleh batasan yang ditentukan oleh agama dan nilai hidup anda. Sebagai contoh anda sangat menyayangi negara ini dan anda bebas mempamerkan rasa sayang anda itu namun sayugia diingat anda tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman negara ini.Dalam hal ini keselamatan negara dan ketenteraman awam lebih utama daripada kebebasan itu sendiri. Maksud di sini tiada kebebasan mutlak,”GuruBashid