Kita mesti bersedia dengan hati yang ikhlas untuk menjadi guru kepada semua pelajar,dan untuk semua kelas, bukan untuk sebahagian pelajar dan sebahagian kelas. Adakah kita dari jenis yang suka memilih-milih pelajar kita, dan kemudiannya meletakkan label tertentu ke atas mereka? Ini pelajar yang aku suka dan ini pula yang aku tidak suka. Ini pelajar yang dengar cakap dan ini pula dari jenis yang degil.Tindakan melabel pelajar seperti ini merupakan petanda awal yang menunjukkan bahawa kita sudah mula bersikap tidak adil kepada pelajar. Adilkah namanya jika kita mahu mengajar pelajar yang kita ingini sahaja. Adilkah namanya,jika pelajar yang bermasalah diminta orang lain yang mengajarnya.Jika sikap seperti ini ada pada kaum pendidik, saya syorkan mereka memikirkan semula sama ada kerjaya sebagai guru ini sesuai untuk mereka. Ingat! anda tidak dibayar untuk mengajar sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Anda diamanahkan untuk mengajar semua pelajar. Dalam erti kata lain, semua pelajar itu di bawah tanggungjawab anda. Adalah diharapkan tidak akan ada guru yang hanya ingin mengajar pelajar yang baik dan pandai sahaja. Atau lebih tepat lagi ingin mengajar pelajar yang mereka mahu ajar sahaja. Pelajar yang dilabel nakal dan kurang pandai ditolak kepada guru lain untuk mengajarnya.Jika fenomena seperti ini yang berlaku,isunya bukan diri pelajar itu tetapi diri anda sebagai gurunya.Anda ingin pelajar mengikut cara anda, tetapi bagaimanakah anda melakukannya supaya mereka mendengar kata-kata anda.Cuba muhasabah mencari silap diri.Hakcipta GuruBashid











2 users commented in " Jangan Memilih-Milih Pelajar "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksaya akui saya penah melabelkan 2 orang anak murid saya..terus terang saya katakan, saya kurang gemar akan mereka
bukan saya ingin melakukan begitu..
tp anak² murid serta keluarganya itu penah hampir merosakkan profesion saya dengan tohmahan² yg tidak masuk akal, hampir gila saya dibuatnya. kalau gila terus tidak apa, ini hampir hilang kerjaya saya,, tunggang terbalik juga hidup (my private life) saya sementara. Nasib baik saya ini agak ‘kewl’. Saya hanya menghubungi beberapa orang rakan yg bekerja sbg ‘loyer’ untuk membuat persediaan utk sebarang kemungkinan.. akhirnya apabila mereka dapat tahu siapa yg ada di ‘belakang’ saya, keluarga² (ibu bapa) ini berhenti membuat tohmahan itu.
Saya memegang kelas yg orang kata kelas ‘hujung’. Murid²nya kurang cerdik dan nakal, tp saya tetap sayang dan suka murid² saya itu. Saya berjanji saya akan memastikan sedaya upaya tiada warna merah dalam buku adab mereka. Dan saya juga suruh mereka berjanji utk tidak gagal dalam sebarang matapelajaran & tidak membuat sebarang kes yg melibatkan disiplin. Saya pantau setiap perbuatan mereka. Syukur, things getting better. They r so obedient, wlpun tahun² sebelumnya, mereka ini akan masuk ke ‘pejabat’ kerana kenakalan mereka. I realise that apa yg mereka perlukan hanyalah perhatian dan kasih sayang. Mereka bukan ’sgt tidak cerdik’ tp malas dan sikap tak kesah-janji pergi sekolah. Kalau dulu, ramai guru yg penin kepala masuk kelas itu, skrg guru² matapelajaran lain sgt impress dengan perubahan mereka. Maybe murid² ini takutkan saya, tp apalah yg nak takutkan sangat ngan saya nie kan, saya nie kecik je pun..hihihi..nak kata saya ‘makan budak’..jauh sekali. Doakan saya agar saya dapat mendidik murid² ini sehingga berjaya dan menjadi murid yg berdisiplin.
*sori ek cikgu bashid.. panjang laks komen saya ini…(kekenyit mata)
Yang penting sebagai guru anda telah melakukan yang terbaik buat murid-murid anda. Guru mesti lebih bijaksana dan terkehadapan dalam banyak hal.Anda dan rakan-rakan anda telah menyuntik perubahan itu walaupun pada permulaannnya agak pahit. Benarlah kata Tuhan setiap kesulitan ada kesenangan(kelapangan)
Leave A Reply