Berdasarkan kata-kata Perdana Menteri (PM) yang disiarkan dalam Buletin Utama sebentar tadi, saya percaya Perdana Menteri dan kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya berhubung cukai perkhidmatan 6% yang bakal dikenakan ke atas perkhidmatan kemudahan telekomunikasi di negara ini. Pada saya kenaikan itu tidak sesuai pada masanya. Hal yang demikian bukan sahaja membebankan pengguna, tetapi meletakkan kerajaan dalam keadaan sukar.RM0.60 sen untuk setiap RM10.00 bukan sedikit dan dilihat membebankan disebabkan masih banyak lagi barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar yang sebahagiannya juga telah dirasai kesan kenaikannya.Pada dasarnya saya bersetuju the hidden objective mengapa dikenakan cukai perkhidmatan tersebut yang sebahagiannya berkaitan hasrat mewujudkan daya saing yang sihat antara syarikat telekomunikasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan, tetapi mendengar kepada kata-kata PM itu, saya percaya beliau sendiri tidak menyenanginya dan memberitahu yang kerajaan tidak pernah meluluskan cukai tersebut.
Saya percaya pendekatan terbaik untuk mencapai situasi win win akan diperolehi tidak lama lagi, tetapi tindakan yang lebih bijaksana buat masa terdekat ini ialah menangguhkan dahulu cadangan tersebut.Kebijaksanaan Perdana Menteri dalam hal ini dilihat dan amat diharapkan.
Catatan Abd Bashid Harun











No user commented in " Cukai Perkhidmatan Telekomunikasi 6%: Perdana Menteri dan Kerajaan Kena Ambil Langkah Wajar "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply