1 Penumpang Hotel Yang Bersejarah

Saya masih berada di Perlis Indera Kayangan atas suatu urusan rasmi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Aminuddin Baki. . Menginap di Hotel Seri Malaysia,Kangar yang baru dibuka secara rasmi pada petang tadi oleh YAB Menteri Besar Perlis. Saya antara tetamu hotel yang mencatat sejarah apabila muncul antara beberapa orang yang pertama menginap di hotel tersebut semalam. Kami merasmikannya dahulu sebelum perasmian sebenar dilakukan.Rakan sebilik saya Mr Ravi menggunakan istilah investor yang pertama.Barangkali beliau merujuk kepada wang deposit pertama yang diterima daripada kami oleh pihak hotel. Coffe House belum berfungsi tetapi pagi tadi breakfast pertama telah dihidangkan kepada kami. Kolam renang sudah penuh berisi air namun belum ada sesiapa yang menggunakannya. Saya dan Mr Ravi bercadang untuk mencatat sejarah sebagai penghuni hotel pertama yang menggunakan kolam renang hotel.Tetapi atas komitmen yang padat, kami terpaksa melupakan hasrat untuk mencatat satu lagi rekod bersejarah.

2 Catatan Ini Mungkin Berguna Buat BN Sarawak

1 Walaupun berada jauh di utara semenanjung, namun saya masih mengikuti dengan teliti perkembangan di Bumi Kenyalang.Persaingan begitu sengit kali ini. Isu yang digunakan oleh pembangkang ialah isu Sarawak. Faktor Sarawak bakal menentukan landskap politik negeri itu pada 16 April ini.

2 Setakat hari ini BN masih menjadi pilihan rakyat Sarawak untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri. Tetapi jika ingin menang dengan majoriti kecil sekalipun, BN kena bekerja lebih keras.Dan jika inginkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar tentunya kena bekerja lebih berlipat kali ganda lagi.

3 Apa apa pun boleh terjadi dalam pilihan raya negeri kali ini kata salah seorang wakil GuruBashid di Sarawak.”Bagaimana masalah penggantian dan peralihan kuasa di sana,” tanya saya. “Jika ingin padamkan spekulasi dan persepsi serta bagi mengelakkan fitnah pembangkang yang datang bertubi mengenai perkara inii, elok jika nama pengganti Ketua Menteri itu diumum sekarang.Maksudnya sebelum hari pembuangan undi. Malah umumkan sekali tarikh-tarikh penting proses peralihan kuasa itu dibuat. Tamatkan dahulu cerita yang panas ini,” kata beliau.

4 “Jika pengumuman persaraan Samy Vellu sebelum ini memberi kesan positif ke atas keputusan PRK di Hulu Selangor dan beberapa keputusan PRK yang melibatkan minoriti India berikutnya, hal yang sama mungkin menjadi petunjuk berguna buat Ketua Menteri Sarawak.Bezanya Samy Vellu hanya memegang sebuah parti, tetapi Taib menerajui bukan sahaja parti tetapi sebuah negeri,’ jelas seorang lagi wakil GuruBashid melalui emailnya.

Dari Hati GuruBashid