Kata GuruBashid:
Salam sdr Parjo,
Apa yang saudara tuliskan bukanlah asing bagi kami. Itulah yang kami jangkakan. Dari dahulu lagi itulah cara pemimpin dan ahli PAS memperkatakan/mempertahankan Islam kepartiannya.
UMNO tidak pernah menafikan Islam sebagai cara hidup dan agama, sebab itu dari dahulu lagi UMNO mempertahankan Islam sebagai agama rasmi, memajukan syiar Islam di negara ini dan memastikan agama Islam sentiasa diamalkan dengan cara yang subur dan penuh keamanan.
Banyak pembangunan dilaksanakan yang berkaitan Islam, termasuk dalam bidang pendidikan, perbankan dan hubungan antarabangsa.Tetapi yang kami pertikaikan ialah Islam PAS. Islam PAS selalu diselewengkan untuk kepentingan parti. Islam PAS boleh mengata orang, boleh bersahabat dengan syaitan, boleh mengumpat, boleh berkata kotor dan boleh mengkafirkan orang Islam yang sudah sah syahadahnya.
Islam PAS juga boleh mencarut dan mengatakan Tuhan juga mencarut.Keadaan ini sangat bertentangan dengan tuntutan Islam yang sebenar. Apabila ini terjadi, Islam PAS bukan sahaja lawan kepada UMNO tetapi juga lawan kepada Islam yang sebenar.
Itu dalam aspek yang berkaitan dengan amalan agama dan akhlak. Jika berkaitan dengan duniawi pula Islam PAS tidak banyak membantu memperkasa pemerintahan dan Islam PAS tidak berupaya untuk mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai.
Tidak ada apa-apa pembangunan yang dilaksanakan dengan jayanya untuk meninggikan syiar Islam dan meningkatkan kemajuan umat Islam.Kalau ada pun hanya apa yang digemabar gemburkan melalui lisan yang tidak bertulang.
Apabila tiba saat pilihanraya sebagai contoh, hudud pun dibangkitkan, tetapi selepas menang hudud pun entah ke mana. Malahan lebih teruk lagi keadaannya apabila projek penternakan babi secara besar-besaran dibangunkan, tanah diberi kepada bukan Islam untuk tempoh 999 tahun, dan tunduk dan membisu apabila Islam dihina.
Bagi saya secara peribadi ada dua sahaja yang saya nampak dilakukan oleh PAS sama ada semasa sebelum pilihan raya atau selepas mereka memerintah beberapa buah negeri. Kedua-duanya sama sahaja. Yang pertama CERAMAH dan yang kedua jika anda ingin tahu CERAMAH juga.
Orang seperti anda hanya layak berceramah bukan untuk memerintah negara. Sebab itu anda berkebolehan menguasai sebuah pentas yang keluasannya beberapa kaki persegi, bukan untuk sebuah negeri yang lebih luas dari itu serta penuh dengan sepak terajangnya.
Apa pula kata Parjo:
salam…
tepulanglah pd cikgu bashid utk mentafsirkan sy ini sbg apapun…yg penting kita jgn berburuk sangka tanpa mengenali dgn lbh dekat…apatah lagi bermuzhakarah dlm hal yg sgt besar ini iaitu politik dan islam…
jgn memesongkan islam dan PAS…islam adalah agama dan cara hidup…manakala PAS adalah parti politik…mustahil org yg mendapat pendidikan agama spt cikgu bashid tidak dpt membezakan perkara mudah sebegini….
sptmana UMNO….PAS juga adalah organisasi yg dianggotai oleh pelbagai lapisan manusia…cuma yg membezakannya adalah PAS khusus utk org islam…tidak spt UMNO yg hanya khusus utk melayu walaupun bukan islam…oleh itu…jgn salahkan PAS dan UMNO jika ada ahli2nya yg terpesong…atau ada pimpinannya yg melompat parti…ini kerana PAS dan UMNO hanya satu organisasi politik…cuma dasar parti yg berbeza…yg mana dasar PAS lbh jelas dan kukuh kpd islam berbanding dgn dasar UMNO…ini hakikat yg mana kita blh bahaskan dgn baik utk mencari kebenaran..
jika ada pimpinan PAS yg buruk akhlak sptmana yg cikgu bashid gambarkan…itu bukanlah sptmana yg ada didlm dasar PAS…begitu juga dgn UMNO…politik wang tidak pernah menjadi dasar UMNO…oleh itu…kenapa kita berburuk sangka dgn org lain…kenapa kita x mahu mengambil yg baik utk kepentingan islam…kita blh berbeza pendapat…tapi kita jgn sabatoj dan khianat pd perjuangan islam…sptmana yg sy bgtau sblm ini…sy x hairan langsung dgn masa depan PAS…yg sy hiraukan adalah usaha utk meninggikan islam..sbb itulah…PAS rela di bubarkan jika UMNO sanggup utk meninggikan islam sehingga tidak berlakunya fitnah pd pimpinan islam…sehinggalah khilafah islamiyah terbentuk kembali di muka bumi ini…Allah yg maha mengatahui…
kirim salam saya pd kak zurina dan anak2 cikgu bashid dgn ucapan salam…











1 user commented in " Apa Kata GuruBashid dan Apa Pula Kata Parjo "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam..
Ulasan yang bernas dari GuruBashid. Yang saya nampak sekarang Pas langsung tidak pernah menghargai apa yang UMNO telah lakukan demi menegak syiar Islam di Malaysia sehingga membuatkan Malaysia begitu terkenal di kalangan negara-negara Islam dan juga bukan Islam. Apa yang UMNO lakukan untuk kebaikan Islam, mereka akan kondem dahulu..seperti biasa mereka mengambil sikap tunggu dan lihat..kalau tak silap saya semasa Bank Islam hendak ditubuhkan, Ustaz Hadi ada berkata..Luaran sahaja nampak Islam, tetapi dalamannya kosong? Dan disebaliknya apa yang terjadi sekarang? Perbankan Islam sudah menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira Islam atau bukan Islam. Malah hampir semua bank-bank convensional, mempromosi sistem perbankkan Islam mereka dan apa yang saya lihat sekarang orang-orang Paslah yang banyak menggunakan perkhidmatan Bank Islam..
Ini adalah satu contoh mudah. Kalau negara tidak dikenali, tak kan mudah Universiti Al-Azahar membuka cawangan mereka disini dan tak lama lagi Universiti Madinah di CyberJaya. Universiti Islam Antarabangsa sudah mula dikenali keseluluh dunia dan menjadi pilihan anak-anak negara Islam mendapatkan pendidikan mereka dibumi bertuah ini dan ramai juga anak-anak ahli Pas mendapat ijazah mereka dari UIA.
Hendak melakukan semua ini bukan mengambil masa sekelip mata. Tanpa perancangan yang teliti, mustahil ianya menjadi realiti. Inilah kekuatan sebenar UMNO..merancang dengan teliti.
Kalau dahulu arwah haji Fadhil Noor ada mengatakan untuk melelong Putrajaya jika Pas dapat menguasai pilihanraya umum dan apa yang terjadi sekarang adalah Putrajaya menjadi tempat kegilaan Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim. Tidakkah mereka sedar Putrajaya dibangunkan untuk anak-anak masa depan. Inilah yang saya katakan tadi..UMNO merancang dengan teliti untuk masa depan anak-anak kita. Malah Putrajaya sudah menjadi ikutan bagi negara-negara lain untuk menempatkan pusat kerajaan masing-masing terutamanya Pakistan.
Inilah yang saya sangat kesal dengan Pas. Langsung tak pernah menghormati dan memberi penghargaan apa yang UMNO telah buat untuk menegakkan syiar Islam dinegara ini. Yang menghairankan mereka mengatakan tidak mahu, tetapi didalam hati Pas sendiri yang tahu. Orang Melayu ada mengatakan ” hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”..wallahuallam.
Salam perjuangan..
Leave A Reply