KURIKULUM adalah agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan. Menurut kajian, “No non-academic activity produced positive correlation with achievement” (Davis, G. A. & Thomas, M.A.1989,
Effective
Schools and Effective Teachers,
Boston: Ally & Bacon. Hal. 120). Oleh itu sepatutnya lebih daripada 80% masa interaksi guru-murid ialah uuk perkara akademik. Urusan utama atau “core bussiness” sesebuah organisasi pendidikan seperti sekolah ialah memastikan pelaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik. Nadi pelaksanaan sistem kurikulum ialah panitia subjek. Pengurusan panitia yang cekap berteraskan TQM akan mewujudkan satu sistem pengurusan panitia yang berkualiti. Manual pengurusan panitia yang didokumenkan dengan baik boleh membantu Ketua Panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan cekap dan teratur. Fail Meja Ktua Panitia yang diolah semula dalam bentuk ebook buat pertama kalinya ini merupakan panduan kerja dan manual rujukan kepada guru berpengalaman dan guru baru. Ketua Panitia yang baru dilantik akan dapat merujuk senarai tugas dengan adanya Fail Meja yang lengkap dan kemaskini. Fail Meja merupakan dokumen rujukan fungsi dan tugas Ketua Panitia.
Memandangkan Fail Meja Ketua Panitia yang terkini amat diperlukan untuk kelicinan dan keberkesanan perjalanan panitia, yang seterusnya akan memberi implikasi besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) dalam kelas, maka Unit Kurikulum setiap sekolah di negara ini disaran agar dapat mengambil langkah segera untuk menyusun sebuah dokumentasi penting di peringkat panitia. Diharapkan Fail Meja Ketua Panitia yang disusun semula dalam bentuk ebook terbitan
GuruBashid.Com ini dapat dijadikan contoh dalam membantu memantapkan lagi pengurusan panitia di peringkat sekolah. Pengurusan panitia yang cekap dan mantap akan mempunyai hubungan yang signifikan bagi meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan awam dan dalaman.
1 user commented in " Kepentingan Fail Meja Ketua Panitia "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackuntuk makluman, fmkp ini boleh digunakan kepada semua subjek, jadi tidak perlu bimbang akan isi kandungannya. sample percuma juga telah kami sediakan.
Leave A Reply