Pemimpin dan orang yang dipimpin sepatutnya tidak terpisah dan tiada jurang antara mereka. Kepala tidak dapat berdiri sendiri tanpa badan; begitu jugalah halnya dengan badan. Dua elemen itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Pemimpin menunjuk jalan dan membimbing, pengikut pula bersetia untuk bersama-sama dengan pemimpinnya bagi menggerakkan organisasi. Yang mengikat pemimpin dan pengikut ialah hala tuju organsiasi, matlamat organisasi yang hendak dicapai dan nilai baik organisasi yang dikongsi bersama.
Maksudnya, baik pemimpin mahupun pengikut mereka mesti meletakkan kepentingan organisasi mengatasi segalanya. Pemimpin hendaklah memastikan pengikut-pengikutnya bergerak menurut landasan yang betul dan tidak menyimpang daripada tujuan organisasi. Buat perkara yang betul dengan cara yang betul patut menjadi keutamaan para pemimpin.
Jika ketua meletakkan tangga, pemimpin pula mesti memastikan tangga itu bersandar di tempat yang betul.
Jika ketua adalah lampu, pemimpin pula memastikan lampu itu cukup cahaya dan digunakan dengan cara yang betul dan menyuluh ke arah yang betul.
Jika ketua mengarahkan pokok ditebang, pemimpin pula memastikan hanya pokok yang sesuai sahaja ditebang.
Dalam erti kata lain pemimpin mempengaruhi orang bawahannya agar bersama-sama berkongsi visi dan misi organisasi dan seterusnya menggerakkan organisasi ke arah matlamat yang dipersetujui bersama.
Hakcipta Abd Bashid Harun




















No user commented in " Kepala Dan Badan Berpisah Tiada "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply