1 Cadangan Untuk Menyeragamkan Pangkat Antara PK HEM dan PK Pentadbiran:
“Bagi sekolah menengah, kebanyakan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) berada dalam gred DGA44 berbeza dengan PK Pentadbiran dalam gred DG48. Mungkin ada penyeragaman pangkat di antara mereka,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.
Sila rujuk Berita Harian Online, 16/05/201020: Hadiah untuk guru, 20,000 warga pendidik naik gaji, pangkat
2 Tentang subsidi beras dalam tiga kategori subsidi yang dijanjikan akan dilaksanakan pada seawal bulan Disember tahun 2009 yang lalu?
BATU GAJAH 24 Sept. - Mulai 1 Disember ini kerajaan akan memberikan subsidi beras secara terus kepada golongan berpendapatan rendah melalui penggunaan sistem kupon. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, Kabinet secara dasarnya bersetuju
Sila rujuk 25 Sept - Subsidi Beras Golongan Miskin
Namun ditangguhkan pemberiannya untuk mengesahkan nama yang ada selain menunggu senarai tercicir.
KERAJAAN menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) bagi membolehkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JPP) Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat pengesahan senarai nama dalam daftar e-kasih dan memasukkan semula senarai yang tercicir. KLIK DI SINI
3 Geran Bertindih atau Satu Lot Tanah 2 Penama
Saya tidak tahu di tempat lain. Tetapi saya hanya mahu merujuk beberapa kes di Krian Perak. Sudah berpuluh tahun. DO dan ADO pun sudah bertukar ganti.Pemilik Tanah pun ada yang meninggal dunia, namun waris atau pemilik tanah belum berkuasa sepenuhnya atas tanah mereka.Harap-harap tidak sampai kepada Pilihan raya berikutnya.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Ada Perkara Yang Belum Selesai Yang Mungkin Perlu Disebut Dalam Bajet "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply