1 Y.B. Dato’ Mohammad Zahir Bin Dato’ Haji Abd Khalid, ADUN Kamunting yang juga Exco Pelajaran Perak memberitahu bahawa beliau pernah menyuarakan hasrat agar semua anak guru yang berjaya menyambungkan pelajaran ke IPTA atau IPTS turut diberi pertimbangan lebih meluas bagi mendapatkan kemudahan pinjaman daripada PTPTN tanpa mengambil kira jumlah pendapatan ibu dan bapa mereka.
2 ” Inilah caranya untuk kita membantu para guru dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat yang sekaligus memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru selama ini dalam mendidik anak bangsa,” tegas Exco Pelajaran Perak itu dalam ucapan beliau sempena majlis menyampaikan bantuan alat tulis kepada calon-calon PMR 2010 pada 1 Oktober lalu.
3 Hasrat beliau itu nampaknya telah mendapat reaksi positif di kalangan pengetua, penolong kanan dan guru-guru yang hadir. Kesemua yang ditemui berpendapat cadangan itu kena pada masanya. Mereka mahukan kerajaan segera menimbangkan cadangan tersebut. Menurut mereka jika boleh keputusan tentang hal ini turut diumumkan dalam pembentangan bajet 2011 kelak.
4 ” Pandangan saya ini berasaskan pengalaman beberapa sektor korporat seperti perbankan dan petronas yang turut memberi keutamaan kepada anak-anak kaki tangan mereka. Jumlah pendapatan RM5,000 ke atas sekarang ini bukannya tinggi jika diambil kira sumbangan yang telah para guru curahkan kepada kemajuan pendidikan di negara ini. Apatah lagi guru-guru juga seperti pekerja di sektor lain turut dibeban dengan pelbagai jenis perbelanjaan termasuk perbelanjaan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat,” tegas beliau lagi.
5 Saya percaya hasrat murni beliau yang mahukan kebajikan guru diberi perhatian, termasuk dalam menanggung pembiayaan pelajaran anak-anak mereka dikongsi bersama oleh seluruh guru di negara ini. Kalau selama ini anak-anak guru tanpa mengira pangkat mendapat pinjaman buku teks melalui SPBT, mengapa kerajaan tidak naik setakah lagi dengan memberi bantuan yang lebih besar dan lebih bermakna daripada itu.
6 ” PTPTN bukan biasiswa. Ini cuma pinjaman. Ia tidak akan menjadi bebanan kekal bagi pihak kerajaan sebab apabila mereka bekerja,mereka akan membayarnya semula, ” jelas seorang Penolong Kanan yang enggan memperkenal namanya.
7 Majlis penyampaian bantuan itu diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) yang melibatkan beberapa buah sekolah terpilih dalam daerah LMS. Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Puan Pegawai Pelajaran Daerah dan beberapa pegawainya.
Catatan Abd Bashid Bin Harun
PK HEM SMK Kamunting











No user commented in " PTPTN: Anak-Anak Guru Patut DiBeri Keutamaan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply