” Setelah berada tiga minggu di sekolah baru, saya menyimpulkan hanya ada satu pendekatan yang sesuai digunakan. Jika semua guru melakukannya banyak masalah yang berlaku di kalangan pelajar insya-Allah dapat diselesaikan.Pendekatan yang saya maksudkan ialah TINDAKAN. Ya kita hanya perlukan TINDAKAN untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan sedia ada.Apabila semua orang bertindak seluruh jentera akan turut bergerak.Saya yakin mutu disiplin pelajar sekolah ini akan menjadi lebih baik dengan TINDAKAN proaktif kita. Yang perlu diberi amaran, kita beri amaran. Yang perlu dirotan kita rotan. Yang patut digantung, gantung. Yang perlu dibuang, buang. Jika ada yang perlu ditutup kita tutup. Jika ada yang perlu dikunci kita kunci. Jika ada yang perlu dibina, kita bina. Jika ada yang perlu dicat,kita cat. Jika ada yang perlu diganti kita ganti. Sudah banyak cadangan yang kita kemukakan dan sudah letih membebel mengenainya, tetapi sekarang adalah masanya untuk kita menukarkan semua itu kepada TINDAKAN.Marilah kita bersama dan sederap dengan Pengetua, melakukan TINDAKAN-TINDAKAN itu, ” GuruBashid











3 users commented in " Sudah Banyak Kita Mencadang, Sekarang Masanya Kita Bertindak "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksaya sangat setuju iaitu banyak bertindak daripada banyak bermesyuarat..moga hasilnya dapat dilihat dan dinilai… selamat hari raya aidil fitri…maaf zahir dan batin
GuruBashid:
Selamat Hari Raya,Maaf Dzahir Batin
Mesyuarat tidak boleh dilihat terasing daripada tindakan. Jika dalam mesyuarat itu kita dapat memutuskan satu tindakan muktamad itu sebenarnya suatu tindakan.Kita perlu bermesyuarat untuk menyelaras dan menilai kerja buat kita. Cuma dalam mesyuarat sinergi harus diberi keutamaan. Iaitu satu keputusan yang dipersetujui sama untuk berhadapan dengan masalah-masalah kita. Mesyuarat bukan majlis percakapan atau pembenatngan idea. Mesyuarat yang baik adalah alat untuk mendapat maklum balas daripada setiap unit yang terlibat, apa yang telah mereka lakukan, dan apa yang sepatutnya dilakukanTegasnya mesyuarat adalah wadah di mana kita mengambil keputusan yang akan kita laksanakan, dan selepas itu kjita bertemu lagi untuk melihat hasilnya.
Mesyuarat tidak boleh dilihat terasing daripada tindakan. Jika dalam mesyuarat itu kita dapat memutuskan satu tindakan muktamad itu sebenarnya suatu tindakan.Kita perlu bermesyuarat untuk menyelaras dan menilai kerja buat kita. Cuma dalam mesyuarat sinergi harus diberi keutamaan, iaitu satu keputusan yang dipersetujui bersama untuk berhadapan dengan masalah-masalah yang sedang kita hadapi. Mesyuarat bukan majlis percakapan atau pembentangan idea. Mesyuarat yang baik adalah alat untuk mendapat maklum balas daripada setiap unit yang terlibat, apa yang telah mereka lakukan, dan apa yang sepatutnya dilakukan.Tegasnya mesyuarat adalah wadah di mana kita mengambil keputusan yang akan kita laksanakan, dan selepas itu kjita bertemu lagi untuk melihat hasilnya.
Leave A Reply