1. Setelah keputusan tegas dan tidak popular yang diambil oleh DS Najib dengan memansuhkan Medc dan memindahkan fungsi agensinya kepada 8 kementerian yang lain, kini rakyat menunggu dengan penuh debaran sama ada sekali lagi beliau akan mengambil satu keputusan di luar daripada kebiasaan.

2. Rakyat bukan sahaja menunggu tetapi menekuni apa yang DS Najib akan lakukan sama ada keputusan beliau itu nanti akan berpihak kepada 1Malaysia atau cenderung kepada seseorang.

3. Tidak mustahil juga jika SPR membuat keputusan menggemparkan dengan mengumumkan tiada PRK Kecil Penanti dan kawasan itu dibiarkan kosong tanpa seorang ADUN.

4. Sama ada BN mahu bertanding atau tidak dalam PRK Penanti itu bukanlah didorong oleh faktor pembangkang atau individu-individu tertentu tetapi atas kepentingan rakyat dan negara seluruhnya.

5. Tun Dr Mahathir atau sesiapa sahaja berhak memberikan pandangan, dan tidak sesiapa yang boleh menghalang beliau mengemukakan pandangan.

6. Tetapi pandangan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat itu seperti juga pandangan yang lain-lain tidak sepatutnya mengatasi kepentingan rakyat dan negara.

7. Kita tak boleh menghalang Tun daripada mencadangkan sesuatu, tetapi bukan bererti apabila Tun yang berkata kita harus akur hanya kerana kita mahu menjaga hati orang tua itu.

8. Tun hanyalah seorang individu daripada 27 juta rakyat Malaysia. Tun memang gemar memberikan pandangan malahan beliau turut mengkritik. Ketika sebahagian pemimpin lebih selesa untuk mendiamkan diri, Tun memilih untuk membuka mulut.

9. Disebabkan kegemaran yang begitu, tidak mustahil ada pandangan dan kritikan beliau yang tidak tepat. Pemikiran Tun tidak semestinya tepat dalam semua perkara. Tun pernah melakukan kesilapan, malahan dia pernah berkata yang dia mempunyai kebiasaan melantik orang yang salah. Tidak mustahil pandangan Tun kali ini pun silap juga.

10. Jika kita takut pembangkang merendah-rendahkan kita kerana kita tidak mahu bertanding, lalu kita pun masuk bertanding hanya disebabkan itu, ternyata pembangkang benar-benar berjaya mempermainkan kita sekarang.

11. Saya ingin bertanya kepada anda apakah yang pembangkang tidak lakukan ke atas BN dan UMNO? Bukankah pembangkang tidak pernah membezakan siapa kita sebagai musuh mereka. Sama ada kita menang atau kalah, ambil bahagian atau tidak mereka tetap mengatakan mereka betul dan kita salah.

12. Anda sibuk mengatakan pembangkang bergaduh sesama sendiri. Tetapi apa bezanya PAS, PKR dan DAP dalam memusuhi BN. Bukankah sebelum ini mereka bersepakat untuk menjatuhkan kita?

13. Adakah hanya mereka dilihat bergaduh kita dengan mudah melupakan siapa sebenarnya mereka dan apa yang mereka buat ke atas kita dan negara ini.

Hakcipta Abd Bashid Harun