1 Hampir setiap hari pemimpin di dunia membuat keputusan. Tetapi keputusan yang dibuat pada saat kritikal untuk membawa negara keluar dari kemelut masalah yang menimpanya adalah keputusan yang amat penting, akan diingat sepanjang zaman, dan pastinya terpahat kukuh dalam lipatan sejarah.

2 Dunia telah menyaksikan bagaimana keputusan-keputusan hebat telah dibuat oleh para pemimpin dunia dari dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan situasi yang kritikal pada zaman masing-masing.

3 Keputusan itu dibuat dengan tujuan untuk menyelamatkan negara daripada menerima kesan buruk sesuatu masalah yang sedang membelenggu baik dalam bidang politik, ekonomi mahu pun sosial.

4 Keputusan itu wajib tepat bukan sahaja untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara pada masa itu tetapi harus menjarah dan melunjur sehingga sekurang-kurang 20 ke 30 tahun atau setengah abad yang akan datang.

5 Tegasnya, keputusan yang dibuat pada hari ini, adalah amat penting untuk hari esok dan masa hadapan. Bukan semua keputusan yang dibuat semerbak wanginya sehingga ke hujung kerana di pertengahanya atau di penghujungnya bertukar busuk mendesak hidung.

6 Tetapi terdapat juga keputusan yang dibuat pada masa lalu masih kekal sehingga hari ini tapa ada pertikaian langsung. Contoh dari kisah sejarah bagaimana keputusan yang paling penting dan paling bermakna telah dibuat untuk umat Islam sepanjang zaman oleh Khalifah ar-Rasyidin ke-2, Saidina Omar Al-Khattab, yang memerintah kerajaan Islam di Madinah.

7 Beliau telah mengambil keputusan untuk mendokumenkan secara sistematik Al Quran yang sebelurn ini tidak dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W).

8 Oleh itu terdapat tentangan tentang idea tersebut, tetapi oleh kerana beliau mempunyai pemikiran yang strategik, yang melihat perubahan persekitaran di mana ramai para hafiz telab syahid dalam peperangan, maka keputusan mendokumenkan Al Quran itu amat penting dilakukan.

9 Keputusan yang dilihat agak ganjil pada waktu itu adalah keputusan yang langsung tidak popular. Meskipun dizahirkan oleh seorang khalifah yang hebat, dan seorang sahabat besar Nabi, namun tidak sedikit sahabat yang mencurigai niat suci Omar itu.

10 Berbagai-bagai alasan diberikan yang kadang-kadang menjadi tohmahan; daripada kebimbangan akan berlakunya pengubahsuaian dan penyembunyian terhadap ayat al-Quran dalam proses ianya dikumpulkan, tuduhan bid’ah dan keterlaluan ke atas Omar tidak dapat dielakkan.

11 Keputusan itu langsung tidak mempopularkan Omar dan hampir menenggelamkan populariti Omar sebelumnya.

12 Ternyata sekali keputusan Omar itu amat tepat sehingga al-Quran menjadi rupa bentuknya yang ada sekarang dan dapat dibaca sehingga kini yang mampu menjadi peraturan hidup yang lengkap, tersusun, berkekalan dan tetap terpelihara sehingga kini dan akan datang.

13 Inilah satu-satunya keputusan yang dibuat sekali, tetapi tidak pernah mengalami perubahan hingga ke hari ini. Seolah-olahnya tindakan Omar menjadi Takdir Allah dan membuktikan kebenaran-Nya bahawa ” Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an dan Kami-lah yang memeliharanya”.

14 Begitu jugalah dengan usaha Imam Bukhari yang mendokumenkan hadith, dan kemudiannya Muslim. Semua ini menjadi keputusan strategik hasil yang bermula daripada pemikiran strategik yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang strategik oleh pemimpin besar yang bukan sahaja ada nilai keberanian dalam usaha melaksanakan transformasi, tetapi juga mempunyai darjah kebijaksaaan yang tinggi dan kekuatan jangkauan dalam memeta dunia yang akan datang.

15 Tentulah tindakan tokoh-tokoh besar tadi dilhamkan daripada pemimpin sepanjang zaman yang menjadi sebaik-baik ikutan, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

16 Semua ini menggambarkan kejayaan hasil program pentarbiayahan rasululullah s.a.w. dan para sahabat sezaman. Nabi sendiri sepanjang hayat baginda telah mengambil keputusan yang sangat strategi dan begitu meluas kesannya kepada kedudukan umat dan negara Islam sehingga ke hari ini, dan insya-Allah pada masa akan datang.

17 Antara keputusan strategik yang memberikan impak besar dan menyeluruh ialah 1)keputusan berhijrah ke Madinah 2) Keputusan untuk masuk semula ke Kota Makkah dalam peristiwa fathun Makkah 3) keputusan tidak menentukan siapa khalifah selepasnya dan 4) Keputusan membina masjid apabila berkuasa.

18 Kesimpulannya tidak ada pemimpiin yang terlepas lepas daripada terpaksa membuat keputusan dari keputusan sekecil-kecilnya seperti keputusan yang dibuat oleh kepala keluarga untuk keluarganya sehinggalah kepada keputusan yang sebesar-besarnya seperti keputusan yang dbuat oleh seorang pemimpin yang berkuasa di sebuah negara.

19 Itulah juga yang dilakukan oleh pemimipin berjiwa besar di Malaysia dalam memperkukuhkan dan memantapkan negara ini dalam pelbagai bidang.

20 Dato’ Onn bin Jaafar terkenal dengan keputusannya bersama-sama bangsa Melayu ketika itu untuk menubuhkan UMNO dan bersama rakyat Malaya untu menentang Malayan Union.

21 Tunku Abdul Rahman yang mengambil keputusan untuk menggubal sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang akhirnya menjadi undang-undang tertinggi negara yang menjadikan rujukan kepada mana-mana undang-undang yang digyubal selepasnya.

22 Penggubalan beberapa jenis undang-undang dan akta untuk mengekang pengaruh komunis dan anasir subersif pada era Tun Abdul Razak bagi mengealkan gangguan terhadap sebarang usaha membangunkan sosi-ekonomi negara.

23 Penyingkiran Anwar, penolakan terhadap bantuan yang ditawarkan oleh IMF dan menubuhkan semula UMNO baru oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyaksikan negara terselamat daripada cengkaman kuasa asing.

24 Dan penghapusan ISA dan undang-undang yang berkaitan dharurat oleh Dato’ Seri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia sebagai menterjemahkan hasratnya untuk memperluaskan usaha transformasinya agar menjadi lebih menyeluruh yang sekaligus memberi gambaran bahawa negara berada dalam keadaan selamat, bersedia bergerak lebih jauh dan pantas tanpa diburu kebimbangan dan kerajaan pula mendapat kekuatannya semula setelah berjaya diletakkan semula pada landasan betul lagi kukuh.

Hakcipta Abd Bashid Harun

Protected by Copyscape Plagiarism Tool