KALI ini GuruBashid  ingin berkongsi maklumat yang mungkin berguna kepada pemilik laman web/blog yang mempunyai lebih daripada satu blog/situs. Memiliki lebih daripada satu blog atau situs bukan lagi suatu keistimewaan, tetapi sudah menjadi trend sekarang ini. Apabila anda memiliki banyak situs (laman) anda mungkin menghadapi masalah mengesan semua situs anda itu serentak. Maksudnya dengan hanya satu alamat semua laman anda tersenarai dalam satu paparan. Bukan situs anda sahaja yang tersenarai,  malahan apa sahaja yang anda link dengan situs anda akan tersenarai sekali. Ia seakan-akan Peta Minda (Mind Map) yang termuat dalam sekeping kertas. Yang mana situs utama, dan hubungannya dengan situs-situs lain ditunjukkan. Ini berbeza dengan cara kita sebelum ini. Cara menaip url pada kotak address atau menaip tema atau tajuk di kota search engine adalah lambat, malahan kita hanya dapat mengesan laman  web yang kita cari sahaja. Jika kita ingin melayari situs kita yang lain terpaksalah kita lakukan tindakan yang sama. Bagi yang sudah tahu anggaplah  ini satu refreshment, tetapi bagi yang belum tahu ini satu penemuan yang boleh dicuba. Anda mungkin pernah dengar tentang KartOO. KartOO merupakan metasearch engine dengan paparan visual antaramuka. Anda cuma perlu taipkan url: http://kartoo.com. Apabila laman kartoo.com muncul, taipkan apa sahaja yang berkaitan dengan situs anda dalam kotak kosong yang disediakan. Dan lihat hasilnya.Cuba sekarang.Perhatian: Jika maklumat ini berguna kepada anda, tolong tuliskan komen. Terima kasih.