1. Tembakan secara rambang tidak perlu apa-apa kemahiran atau apa-apa persediaan yang mencukupi.

2. Yang penting tembak sahaja ke arah mana-mana yang disukai dan guna apa sahaja peluru yang ada.

3. Kena atau tidak kena itu tidak penting. Yang penting tembak sahaja.Jika kena, berbaloi. Jika tak kena pun tak apa sebab bukankah ini tembakan secara rambang.

4. Inilah salah satu taktik pembangkang di kawasan P059 Bukit Gantang. Mereka hampir tidak pedulikan ketepatan. Tetapi jika ada yang kena tembakan mereka berasa seronok.

5. Pembangkang akan menggunakan apa-apa sahaja isu sama ada tepat atau tidak tepat.

6. Kebenaran dan ketepatan isu tolak ke tepi. Sama ada anda mahu percaya atau tidak itu tak penting. Yang penting mereka harus menyatakannya sama ada secara auta atau dusta.

7. Siapakah yang biasanya menjadi mangsa tembakan rambang pembangkang ini?

8. Jawapannya ialah mereka yang sukakan retorik dan kata-kata manis pembangkang. Dan mereka yang mudah terpesona dengan kata-kata untuk mentertawakan orang, mencerca dan mengaibkan orang lain.

9. Tetapi mereka yang berilmu, berpandangan jauh dan berfikiran terbuka tidak akan terkena tembakan ini,. Inysa-allah