Sebagai Guru saya menulis bukan untuk menggembirakan sesiapa. Dan jika ada yang berdukacita dengan tulisan saya, itupun bukan tujuan saya. Dalam saat seperti ini kita tidak perlu banyak bergembira. Yang merasakan mereka menang sebenarnya tidak cukup menang kerana tiada apa yang boleh dibuat dengan kemenangan seperti itu. Siapakah sebenarnya tangan-tangan tersembunyi di belakang kemenangan kamu itu. Bagi yang merasakan mereka kalah kamu bebas untuk merasakannya tetapi janganlah buang masa untuk meratapinya. Sebabnya Tuhan masih meninggalkan sebahagian kekuatan itu untuk kita melakukan sesuatu. Kita tidak boleh hilang semuanya lagi selepas ini dan yang masih berbaki itulah kekuatan yang masih ada pada kita yang perlu kita hargai. Kita tiada pilihan lain selain mempertahankannya dan dijadikan nukleus untuk menarik semula kekuatan padu. Inilah masanya kita memperkukuhkan semula perpaduan. Maksud saya perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri yang selama ini jatuh bangun bersama-sama. Sama ada keadaan kita akan menjadi lebih baik atau lebih buruk selepas ini, itu adalah bergantung kepada apa yang akan kita lakukan pada saat penting ini dan beberapa tahun yang akan datang. Dalam saat seperti ini kita hanya perlu berfikir dan bertindak untuk penyatuan umat Melayu.Sekarang ini sepatutnya kita sudah jelas siapa sebenarnya halangan kita dan apa yang telah dan sedang mereka lakukan ke atas kita. Mereka sedang memerhatikan kita dengan senyum, janganlan lengkapkan senyuman sinis mereka dengan tepukan bergemuruh.Siapa pulak yang sedang diperkudakan untuk mencapai hasrat dan matlamat tersembunyi mereka. Konspirasi ini cukup smart, tetapi saya tidak tahu berapa ramai yang boleh menghidunya dan berapa ramai pula yang menjadikannya sebagai iktibar. Mereka perlu kenal apa sebenarnya yang telah berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-12 itu. Siapa yang masih setia dengan UMNO dan siapa sebenarnya yang memang ingin mengajar BN. Sehari sebelum Pilihan Raya Perdana Menteri telah melihat konspirasi ini lalu dengan pantas mengingatkan mereka tentang semangat setiakawan dalam Barisan Nasional. Tetapi mereka telah membuat keputusan untuk membelakangi semangat setiakawan itu.” GuruBashid